Selamat 31 Suami!

Selamat Hari Lahir Suami!.


Selamat Hari Lahir Suami


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Engkau hadirkan temanku, kekasihku, Syurgaku dan Babah kepada anakku. Selamat hari lahir suamiku!.


Umur awak dah meningkat setahun lagi. Alhamdulillah Allah bagi awak kesihatan yang baik untuk terus berjuang demi anak kita dan keluarga kecil kita. Semoga awak selalu tabah, sentiasa dilindungi Allah dan dipanjangkan umur. Doa saya akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup awak.


Takda hadiah yang terindah selain doa dan ucapan ini untuk awak.


Selamat Hari Lahir Suami


Selamat 31 Kekasih. Saya rasa sayang pada awak suatu ketika dulu. Dan masih sayang awak sekarang. Semoga saya akan sayang awak selamanya. Sampai tua, sampai Syurga Allah, inshaaAllah.


Semoga awak sihat. Semoga awak selalu bahagia. Semoga awak terus dalam jagaan yang kuasa. Saya sayang awak kerana Allah ❤️.


Yang menjaga jasad, cinta dan hati ini hanya untuk awak,

Syuhaina Atikah.


No comments