Selamat Hari Kita!

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan.

Alhamdulillah, Allah izinkan perkahwinan ini masuk tahun kesembilan. Allah izinkan untuk kita terus bersama 👫.


Selamat Ulangtahun Perkahwinan


Saling menerima buruk baik kita, gembira meraikan kebahagiaan kita, masih mengenggam kemas jemari menanti apa lagi bakal mendatangi. Bersama, sampai tua, inshaaAllah.


Awak tak sempurna. Dalam banyak elok, banyak jugak cela awak. Tapi, layaklah kita bersatu. Kerana saya jugak tak sempurna, wahai suami. Dalam banyak elok, banyak jugak cela saya. Maka setara awak dan saya.


Semoga kita terus menerus dalam jagaanNya dan kembali bersatu di Syurga Allah, Papa, Mama, Zahra, aamiin 🤲🏻.


I love u, Ami ❤️. Selamat Hari Kita 🎈.

No comments