Ekspo Elektronik Shopee Dengan Potongan Harga Hangat

Potongan Harga Hangat di Ekspo Elektronik Shopee


Assalamualaikum, hai semua.

Jom aku nak kongsi dengan hangpa Potongan Harga Hangat di Ekspo Elektronik Shopee bulan Julai ni jom. Jaminan Harga Terendah dengan potongan harga sehingga 90% ke atas lebih 1,000 produk elektronik.

Potongan Harga Hangat di Ekspo Elektronik Shopee

Shopee platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara & Taiwan akan melancarkan Kempen Ekspo Elektronik Shopee - Jaminan Harga Terendah (LPG), satu siri promosi hangat dari 23 hingga 26 Julai 2018. Lebih daripada 20 jenama elektronik turut serta termasuk lah Armaggeddon, Alcatroz, Honor, Mono Digital, Philips, Russell Taylors, Tefal, Vivo, Xiaomi & banyak lagi.

Lebih 1,000 produk termasuk lah telefon pintar, gajet, kelengkapan rumah, komputer & aksesori yang boleh dibeli dengan potongan harga sehingga 90%. Menerusi usahasama teguh dengan jenama ni, hangpa boleh menikmati harga terendah ke atas semua produk yang dilbel 'Lowest Price Guaranteed' (Jaminan Harga Terendah) & sekiranya hangpa terjumpa produk yang sama dijual di platform lain pada harga lebih rendah, Shopee komited untuk menebus semula 120% daripada perbezaan harga tersebut dalam bentuk syiling Shopee

Untuk info hangpa, "Shopee telah bertumbuh pesat sepanjang tahun 2018 & menjalinkan usahasama dengan pelbagai jenama terkemuka untuk mengembangkan lagi kategori produk berkaitan elektronik seperti Mobil & Gajet, Komputer & Komputer Riba & Kelengkapan Rumah untuk menawarkan produk berkualiti kepada lebih 10 juta pengguna. Contohnya, jualan murah eksklusif honor 9 Lite yang berjaya menjual 1,000 unit dalam tempoh lima minit, membuktikan kecenderungan rakyat Malaysia yang memilih produk elektronik bertaraf premium. Dengan Ekspo Elektronik ni, Shopee mengambil selangkah lagi untuk menjadi pusat sehenti platform membeli-belah dalam talian yang memenuhi keperluan & kehendak rakyat Malaysia", Kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Potongan Harga Hangat di Ekspo Elektronik Shopee


Pada 23 Julai nanti, Shopee ada buat Jualan Kilat Shocking Sale sepanjang tempoh 24 jam taw hangpa, siap ada diskaun lagi untuk pelbagai produk elektronik berjenama. Pada hari tersebut, hangpa boleh merebut jualan murah produk elektronik untuk keperluan profesional & peribadi. Hangpa boleh dapatkan papan kekunci & tetikus wayarless daripada jenama Logitech. Untuk penggemar muzik pulak boleh dapatkan alat bantuan audio (headphones) daripada jenama Marshall dengan harga istimewa. Ada pelbagai lagi produk berkualiti dijual pada harga menarik termasuk cakera keras storan (external drive) daripada jenama Seagate & rangkain jam pintar untuk siapa yang aktif.

Potongan Harga Hangat di Ekspo Elektronik Shopee

Selain daripada jualan kilat Shocking Sale, pengguna boleh mendapatkan ratusan produk di LPG Tech Zone sepanjang 4 hari Ekspo Elektronik ni berlangsung. Setiap hari, Shopee akan menampilkan dua jenama elektronik terkemuka dengan pilihan produk pada harga menarik. Dalam masa yang sama, hangpa boleh membeli belah dari rangkaian jualan murah mengikut tema kempen bagi memenuhi keperluan elektronik hangpa. Di "LPG Tech Zone", lebih 500 produk termasuk telefon pintar bertaraf premium, kamera & komputer riba daripada Xiaomi, Huawei, honor, ASUS & pelbagai lagi jenama besar.

Hangpa yang mencari kelengakapan rumah yang moden boleh meninjau kempen jualan murah "Everything for Your Home" sepanjang ekspo ni untuk menikmati promosi hebat produk daripada jenama Philips, Senheng, Tefak, Midea & banyak lagi. Untuk penjimatan berganda, tebus voucher bernilai RM100,000 sepanjang kempen untuk pembelian.

Potongan Harga Hangat di Ekspo Elektronik Shopee

Akhir sekali, bagi memberi ganjaran kepada peminat Facebook Shopee, Shopee akan melancarkan pertandingan "Tag a Bro, Win Like a Pro" dari 23 hingga 26 Julai. Peminat media sosial hanya perlu mencari satu produk elektronik dengan label LPG di Shopee, ambil gambar produk tersebut dalam troli membeli-belah, kemudian tag seorang kawan lelaki & tinggalkan komen kenapa depa ingin memenangi produk tersebut. Pemenang bertuah akan menerima produk elektronik kegemaran depa bernilai hingga RM1,000 setiap satu untuk dikongsi bersama rakan baik hangpa.

Potongan Harga Hangat di Ekspo Elektronik Shopee

Untuk lebih detail hangpa boleh singgah dekat sini shopee.com.my/m/electronics-expo bermula 16 Julai 2018.

Hangpa jugak boleh download aplikasi Shopee secara PERCUMA di App Store atau Google Play.

4 comments

  1. wahhhh macam best ni, nak join lah nanti :D

    ReplyDelete
  2. akk selalu shopping di Shopee tapi belum pernah beli barang elektronik lg

    ReplyDelete