MAJLIS RUMAH TERBUKA RAYA
Assalamualaikum semua.
Hari ni hari last Syawal kan, so terdetik di hati aku nak update cerita pasal rumah terbuka raya dekat rumah kakak aku hujung minggu lepas. Ha, sila lah baca celoteh aku ni ya, hihi.
Alhamdulillah, Sabtu lepas, 07 Julai 2018 bersamaan 23 Syawal 2018, aku & Zahra, Mak & Kak Tina sekeluarga p ke rawang rumah kakak aku yang sulung bagi menghadiri majlis rumah terbuka dia. Memang tiap-tiap tahun kami bertandang ke sini setiap kali ada majlis rumah terbuka raya ni. Ya lah, masa ni lah nak berkumpul ramai-ramai. Tapi ni pun bukan semua ada sebab masing-masing ada hal yang tak dapat nak dielakkan.
Majlis berjalan agak lancar, cuma agak sedikit tak terkawal sebab tetamu tiba-tiba jadi ramai. Jauh dari jangkaan asal tapi alhamdulillah, menu cukup untuk semua tetamu yang hadir. Jadi tak terkawal sebabnya datang sekali segerombolan, tak panas punggung lagi datang pulak yang lain, haha. Tu pun ada yang tak terlayan. Harap maaf ya semua bagi pihak kakak saya.
Menu pada hari tu simple saja, semuanya homemade oleh Mak aku. Terima kasih Mak!. Dan yang pastinya semuanya selera kampung. Orang kampung lah kata kan, hihi. Antaranya Gulai Ikan Masin Tumis Darat dengan Terung, Sayur Campur, Ayam Goreng Berempah, Ikan Masin Goreng, Ulam-ulaman, Sambal Belacan & Sambal Buah Bacang. Tudia, semuanya sedap!. Dan ada jugak lauk tambahan dari keluaraga mertua kakak aku iaitu Masak Lemak Putih Pucuk Ubi. Selain tu, ada jugak menu tambahan macam Laksa, Kuih Muih, Nasi Impit, Pecal & Roti Jala.
Tetamu yang hadir semuanya terdiri daripada jiran-jiran, kawan sekolah abang ipar, kawan-kawan blogger kakak aku, kawan-kawan niaga depa & ada jugak saudara mara yang hadir. Selain tu kakak aku ada jemput anak-anak tahfiz dari sekolah anak dia.
Persiapan untuk rumah terbuka ni memang dah start dari awal. Dari Jumaat malam Sabtu tu lagi. Bersambung sampai Sabtu paginya. Majlis bermula dalam tengahari, selepas solat Zohor macam tu. Tetamu paling awal hari tu adalah jiran-jiran kakak aku,. Pukul 1.00 dah sampai dah. Takpa lah kan.
Apa pun terima kasih pada semua tetamu yang sudi datang memeriahkan majlis rumah terbuka raya kakak aku ni. Dan seribu kemaafan aku mohon bagi pihak kakak aku & family andai ada terkurang dimana-mana. Sesungguhnya kami hanya lah insan yang serba kekurangan.
Tahun ni akak tak dapat join sebab mak sakit..rugi rasanya tak dapat datang
ReplyDeletetu lah kak kan, tak dapat jumpa.tahun depan pulak kak, hihi.
DeleteTerima kasih Acik sudi datang dari jauh, tolong dari mula majlis sampai habis. Lain kali datang lama sikit tau.. hehehe..
ReplyDeletehihi, sesama.ok, inshaallah.
Deleteya Allah menu menggiurkan lah !
ReplyDeletehaha, tu lah kak. lain kali datang taw.
Delete