Zahra Ni OCD Ka?.

ANAK AKU OCD. SUKA SANGAT BUAT KERJA BERULANG-ULANG.


ANAK AKU OCD. SUKA SANGAT BUAT KERJA BERULANG-ULANG.


Assalamualaikum semua.

Dah lama tak cerita pasal Zahra kan, hihi. Banyak ja nak cerita pasal dia cuma masa tak mengizinkan.

Sebenarnya kan dah lama taw aku perasan perangai Zahra yang satu ni. Setiap kali dia buat apa-apa mesti dia nak sempurna. Contohnya, kalau masukkan barang dalam beg mesti masukkan betul-betul taknak nampak terkeluar, bila ambik barang apa-apa, contohnya macam cawan pinggan, baju & apa-apa mesti nak bau dulu, kalau bau tak menyenangkan tu memang aku kena basuh pulak lah kan. Kadang tu terpaksa layan, kadang nak marah lah jugak kan. Kalau kita tengah takda kerja takpa lah, hadui.

Bila dia bercakap ka, dia menyanyi ka lepas tu kita potong tengah jalan kan, mesti dia nak ulang balik cakap & nyanyian tu dari mula. Masa tu mula lah dia nak marah & stress, haha.

APA ITU OCD?.

Sebelum ni aku pun tak taw apa tu OCD. Aku taw pun lepas baca dekat satu blog ni. Untuk pengetahuan hangpa aku ni pun ada jugak simptom OCD ni, haha. Padan lah Zahra gitu kan. OCD ni takda lah penyakit yang serious sangat. Tapi kalau taksub sangat tu boleh jadi teruk jugak lah taw. Sebab ianya boleh mengganggu kehidupan seharian.

OCD ni memang asing bagi sesiapa yang pertama kali tahu mengenainya. Apa yang dimaksudkan dengan OCD atau Obsessive Compulsive Disorder ni.

OCD ni ialah ketidakcelaruan perasaan yang memerangkap fikiran & perangai pesakit dalam melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang kerana merasakan apa yang dilakukan sebelum ni tak sempurna atau lengkap. Jika tak dilakukan secara berulang, depa akan berasa resah, tertekan & cemas.

Kitaran OCD (melakukan kerja secara berulang-ulang) ni boleh mengambil masa selama berjam-jam & hal ni mengganggu aktiviti harian penghidap OCD. Penghidap OCD sebenarnya sedar akan obsesi & pengulangan yang depa lakukan namun depa tak mampu untuk memberhentikannya.

Ketabsuban pemikiran dalam OCD boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian:

1.Was-was

2.Kebersihan

3.Kewaspadaan (melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan)

Simptom-simptom:

Simptom OCD ialah seseorang tu obses dengan perkara-perkara berikut:

1. Takut kekotoran atau pencemaran oleh kuman.

2. Takut menyebabkan kecederaan atau mudarat kepada orang lain.

3. Terlalu mementingkan susunan, simetri, ketepatan & kesempurnaan.

4. Perasaan was-was & curiga yang kuat terhadap orang lain atau sesuatu perkara.


Kesan Buruk:

1. Kemurungan.

2. Hilang minat terhadap banyak perkara.

3. Sensetif, mudah terasa & cepat marah.

Apa yang tertulis di atas ni, adalah sikit ciri-ciri dekat Zahra iaitu takut kekotoran. Penyakit nak utamakan kebersihan ni merujuk kepada siapa yang cerewet melampau terhadap kebersihan barangan serta mesti mengikut standard pesakit tu sendiri selain muncul lintasan kata-kata negatif di hati secara tiba-tiba.

Nampak biasa ja kan benda ni, ya lah semua orang suka tengok benda tersusun & bersih. Macam aku lah. Memang Zahra ni menurun aku dah, haha. Tapi Zahra ni dasyat lagi dari aku taw. Pernah taw, Zahra nak aku buatkan susu, tapi Mak aku p buat. Lepas tu taw apa, Zahra suruh aku buat semula. Buang susu yang takda salah apa tu, & buat baru, haha.

Alahai letih dengan si Zahra ni. Mintak lah OCD dia tak teruk sangat.



6 comments

  1. Hahahaha.. hadoi la anak ku, jangan dibawak sampai besar ya nak..

    ReplyDelete
  2. Zahra masih kecik masih boleh di ajar untuk tidak peka ke arah OCD, Aina kena perhatikan dan tegur selalu..OCD ni boleh dicegah..

    ReplyDelete
  3. sy rasa simptom2 nie macam ada pd saya..saya ingt normal..tq share awk..

    ReplyDelete