BILA KITA DAH JADI MAK ABAH, BARU KITA FAHAM PENGORBANAN MAK ABAH KITA.
Assalamualaikum semua.
Dah hampir 4 tahun aku bergelar Bonda, semakin aku memahami erti pengorbanan Mak Abah aku dulu. Semua benda yang depa lalui dulu. Aku dah mula melalui apa yang pernah dilalui depa dulu. Baru nak 4 tahun kan, tapi pergh susah jugak kalau nak jadi seorang Bonda yang betul2 bertanggungjawab ni kan.
Kekadang, sebelum kita marah-marah dekat Mak Abah kita, baik kita renung dulu apa yang pernah depa korbankan untuk kita dari kecik sampai besar, nak jaga kita sampai besar panjang sangat lah susah & mencabar. Kena pulak yang banyak perangai kan, haish.
Kita ni dah besar taw-taw ja dah dapat itu, dapat ini kan. Masa kecil dapat toys macam-macam. Mintak sampai nangis-nangis terus dapat. Bila dah besar pulak, semua nak. Ikut perkembangan katanya. Nak beli iphone lah, nak beli gadget terkini lah, nak beli baju baru lah, macam-macam. Semua nak, sebab kawan semua dapat. Kawan dapat handphone baru, kita pun nak. Kawan dapat boyfriend baru, kita pun nak!. Tapi kita pernah tak fikir macam mana, Mak Abah kita cari duit yang kita mintak tu?. Pernah tak kita fikir apa perasaan Mak Abah kita bila sesuatu terjadi dekat kita?.
Dari kita kecil depa cari duit belanja kita. Masa kita sakit, masa kita lapar, masa kita nak pakai baju baru, masa kita nak sambung belajar, semua tu guna duit. Dan semakin tinggi belanja tu, semakin banyak effort Mak Abah kita dah ditagih. Tu belum masuk pengorbanan masa depa lagi. 1001 pengorbanan depa kena lalui nak besarkan kita.
Masa depa banyak untuk kita. Kita pulak semua nak & bila kena sekat sikit ja kebebasan tu, kita dah mula merungut. Dah mula marah-marah sampai sanggup tinggikan suara. Bodohnya kita bersikap kurang ajar macam tu.
Kita tak dapat kebebasan cuma beberapa jam ja ataupun mungkin beberapa hari ja. Tapi Mak Abah kita dah lama hilang kebebasan depa sebab nak jaga kita. Dah berbelas-belas tahun kebebasan depa hilang sebab tanggungjawab depa nak besarkan kita dengan segala kesenangan. Bukan untuk depa, tapi untuk kita. Takda pun depa marah-marah & merungut pada kita kan?.
Aku dapat bayangkan semua ni lepas aku sendiri jadi Bonda selama hampir 4 tahun ni. Makin rasa sayang & makin memahami akan pengorbanan Mak Abah aku. Sebab dalam hampir 4 tahun ni, aku dapat pelbagai jenis pengalaman berbeza nak besarkan anak. Tu baru seorang, hihi.
Baru 4 tahun dah rasa macam-macam pengalaman. Semua ada. Kena muntah susu ada, kena kencing ada, tak tidur malam ada, sampai sanggup tak p kerja sebab nak jaga anak sendiri masa demam. Terus teringat macam ni lah Mak Abah aku nak besarkan aku selama ni. Dah tu kita sanggup lagi menengking Mak Abah kita!. Sanggup lagi melawan kata depa. Selfish kan kita?.
Bagi sesiapa yang dah kahwin, tunggu lah hangpa ada anak sendiri. Cuba jaga sendiri, dari pagi sampai ke esok pagi. Mandikan dia, basuhkan berak dia, pakaikan lampin dia, bergurau senda dengan dia, ajar dia itu ini, segala-galanya sendiri.
Bagi yang belum berkahwin, cuba jaga anak kakak atau abang hangpa tu. Tak perlu lama, jaga ja seminggu tanpa bantuan orang lain. Cuba tengok, hangpa sanggup ka tak. Dan cuba bayangkan yang anak kecil tu adalah hangpa, & hangpa yang duk jaga ni adalah Mak Abah hangpa. Hangpa jaga seminggu ja, tapi Mak Abah hangpa jaga hangpa sampai seusia dengan umur hangpa sekarang. Cuba lah, nanti hangpa akan taw macam mana rasa.
Semoga kita sama-sama dapat menghargai Mak Abah kita masing-masing. Hormati lah Mak Abah kita tu. Jangan tinggikan suara pada depa. Kalau ada ketidakpuasan hati, kita bincang elok-elok.
Kadang-kadang keputusan depa menghalang apa yang kita nak tu, mesti untuk kebaikan kita jugak. Sebab depa sayangkan kita. Risaukan keselamatan kita. Mak Abah kita lah orang yang paling sayangkan kita.
Mari lah kita sama-sama cuba untuk memahami Mak Abah kita. Selalu-selalu lah kita bercakap & berinteraksi dengan depa. Cuba untuk mengenali diri depa seperti mana depa mengenali diri kita.
setuju tu.kalau dulu kita tak alami apa yang mereka alami bila berdepan dengan kita kan,sekarang ni turn kita pulak berdepan dengan karenah anak².
ReplyDeleteSekarang baru terasa kan kak?. Allah..
DeleteSamalah kita 4 tahun dah jadi bonda. Alhamdulillah. Byk yg kita belajar dan lebih kita menghargai mak ayah kita kan.
ReplyDeleteBetul tu kak.
DeleteBetul tu.bila kita dah bergelar ibu dan bapa baru kita tahu dan sedar bukan senang amak ayah kita membesarkan kita dulu.berkorban masa dan tenaga banting tulang empat kerat mencari rezeki nak berikan yang terbaik untuk anak anak
ReplyDeleteBetul akak. Sekarang kita pulak berkorban untuk anak2 kita.
DeleteBila dah jadi Ibu dan Abah, baru la kita tau macam mana perasaan Mak n Abah kita juga kan..
ReplyDeleteKan angah?. Huhu :(.
Delete