RESEPI PUDING KOKTEL BERKUAH SEDAP.
Assalamualaikum semua. Aku yakin, ramai yang sukakan puding koktel berkuah @ puding kastard berkuah koktel ni kan?. Nak-nak kalau dihidang sejuk-sejuk time cuaca panas macam sekarang ni. Memang heaven.
Pertama kali aku makan puding koktel berkuah ni ialah masa aku mula-mula cuba resepi ni, hihi. Sejak tu aku duk repeat buat ja, sebab sedap kan.
Kadang-kadang kalau kita beli dekat luar, susah nak dapat yang menepati citarasa. Dah lah harga mahal, lepas tu dapat pulak yang koktelnya sikit & isinya tak berapa menarik. So, kalau nak puas makan puding ni harus lah buat sendiri. Lagi sedap apa kan sebab kita boleh bubuh segala benda yang kita suka dalam kuah koktel tu, betul tak?.
Minggu lepas aku ada buat puding ni untuk dijual. So, aku follow resepi yang aku dah ambil sebelum ni dari perkongsian Puan Fellina di facebook beliau. Resepinya macam di bawah ni ya.
RESEPI PUDING KOKTEL BERKUAH @ PUDING KASTARD BERKUAH KOKTEL
BAHAN-BAHAN :
Puding Kastard
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
1 cawan susu cair
3/4 cawan gula @ secukup rasa
CARA-CARANYA :
1. Satukan semua bahan, kacau atas api sederhana sehingga likat. Sentiasa kacau supaya adunan tak bergentel.
2. Tuang dalam loyang atau bekas kecil-kecil. Sejukkan.
Kuah
1 tin susu cair
2 tin air (sukat dengan tin susu cair)
1 tin fruit koktel (ambil buah sahaja)
3/4 cawan gula @ secukup rasa
2 sudu besar tepung kastard
CARA-CARA :
Satukan semua bahan kecuali koktel buah. Masak atas api (sekejap sahaja).
Kalau nak bubuh agar-agar jeli, sumi @ nata de coco ke dalam koktel pun boleh taw. Lagi bertambah heaven.
Untuk pengetahuan hangpa, satu adunan ni hari tu aku buat dalam bekas kecil-kecil tu dapat 12 bekas. So, kalau nak lebih lagi, kena gandakan lah kuantiti tu ikut keperluan ya. Dijamin licin hingga menjilat sudu, inshaallah. Tak rugi hangpa cuba taw!.
Cuaca panas ne memang sedap layan puding koktel
ReplyDeleteBetul tu. Sejuk ja tekak kan?.
DeleteSedapnya aina. Kak ana baru buat coctail. Next time boleh lah try puding lak.
ReplyDeleteSedap akak. Try lah buat.
Deletesedapnyaaa... :)
ReplyDeleteSedap makan musim panas ni.
DeleteSedapnya Aina.kena try resipi nih
ReplyDeleteCuba lah kak, sedap.
DeleteSedap nie Acik, orang pun sukaaaa.. 😍
ReplyDeletesedap. buat lah k.da, adik mesti suka.
Delete