18% CASH BACK DARI SHOPEE DAN MENANG SAMSUNG NOTE 8!
Assalamualaikum semua. Shopee iaitu platform e-Dagang yang terkemuka di Asia Tenggara & Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018. Ini merupakan satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji.
Semua pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat & potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran & penjimatan.
NIKMATI 18% PULANGAN TUNAI SEMPENA KEMPEN HARI GAJI SHOPEE DARI 26 HINGGA 28 FEBRUARI 2018.
“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari & selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari & dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit & debit & seterusnya, pemindahan bank.
Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:
Mobil & Gajet
Sarung & Pelindung; Audio; Bank Kuasa & Bateri
Kesihatan & Kecantikan
Produk Kecantikan Kulit; Makanan Tambahan; Berus & Peralatan Solek
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Fesyen Kanak-kanak; Permainan & Pendidikan; Perkakas untuk Makan & Penyusuan
Pakaian Wanita
Baju; Pakaian Dalam & Pakaian Tidur; Gaun
Perabot & Perhiasan Rumah
Hiasan Dalaman; Tempat Menyimpan untuk Dapur; Kelengkapan Bilik Tidur
Sepanjang kempen ini, Shopee jugak turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee & hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999.
Bagi menambahkan lagi keriangan kali ni, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen & berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 & sebuah Penyedut Hampagas Dyson.
Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
kaki shopping online sure tk sbr tgu promo ni
ReplyDeleteBetui tu!, hihi.
DeleteKopak duit kalau shopping dekat shopee ni
ReplyDeleteKan kak?. Boleh hilang kewarasan, haha.
DeleteKak ana dah terjebak suka dgn shopee ni. Hari2 ralit dok belek shopee. Hehe
ReplyDeleteBetui k.ana. masuk shopee jadi ralit taw.
DeleteAina sjopping aoe tu..hehehe
ReplyDeleteNak taw kena tggu entri seterusnya.
Deletewahhh bestnya shopping apa dekat shopee, sharelah sikit tu he he he
ReplyDeleteHaha, next entri aina cerita ya Bonde.
DeleteSakan la shopping depa no.. ehehe..
ReplyDeletehaha, sakan jangan tak sakan.
Delete