Hauck Duett 2 Tandem Stroller / Double Stroller Idaman

Review Hauck Duett 2 Tandem Stroller

Walaupun jenama stroller Hauck masih belum dikenali ramai. (Aku pun sebelum ni tak pernah dengar jenama ni). Sebenarnya, jenama ni sangat dikenali di German & di beberapa negara Eropah. Sekarang ianya dah memasuki pasaran Malaysia.
Double Stroller Idaman

Jenama Hauck ni telah wujud sejak hampir 90 tahun & merupakan salah satu daripada jenama besar antarabangsa untuk produk baby. Ianya jugak telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa.

Model Hauck Duett 2 Double Buggy ni ialah versi yang di"upgrade" daripada Hauck Duett Buggy, yang dah berada di pasaran sejak 2011, & dah tentu menawarkan pelbagai "features" yang menarik.


Apa yang beza dari Model Duett asal?


Terdapat beberapa perubahan pada versi baru Hauck Duett 2 ni. Tempat duduk keduanya mempunyai ruang yang lebih besar, lebih 3cm besarnya dari model lama.

Pemegang stroller ni jugak boleh dilaras ketinggiannya & rain cover diberi sekali untuk setiap tempat duduk. Memang awesome!!.


Hauck Duett 2 Tandem Stroller
Hauck Duett 2 Tandem Stroller


Adakah Hauck Menyelesaikan Masalah Pada Versi Hauck Deutt Pertama? 


Ya! Ianya banyak menaiktaraf Duett 2 ni dari Duett pertama. Berdasarkan maklumbalas dari ramai pemilik Duett versi pertama dimana ianya susah untuk dilipat. Tapi untuk Duett 2 ni, jurutera Hauck dah menyelesaikan masalah ni walaupun ada yang masih gagal lagi cubaan untuk melipat dengan sebelah tangan, hahaha. Dah pasti lah susah sebab ni bukan jenis light weight stroller macam Aldo Compatto. Tapi memang banyak "improve" di dalam part ni. So, jangan risau!.


Melalui review yang lepas, Hauck Duett asalnya sangat besar (bulky) & susah untuk dimuatkan ke dalam boot kereta. Sekali lagi, Hauck Duett 2 dah mengatasi masalah ni & ianya tak mempunyai masalah yang sama lagi. Ni kerana Hauck dah design Duett 2 ni lebih compact!

Dan maklumbalas terakhir yang diterima dari Ibu Bapa bahawa Hauck Duett ni asalnya sangat berat bila ditolak. Tapi bagi aku ianya berat sebab stroller ni stroller berkembar, jadi tak mustahil lah berat kan?. Tapi sebenarnya model Duett 2 ni adalah lebih ringan, mudah ditolak & bergerak berbanding dengan versi asal. Jadi, masalah tersebut jugak dapat diselesaikan.


Hauck Duett 2 Tandem Stroller
Hauck Duett 2 Tandem Stroller

Mudah Ka Nak Simpan Stroller Ni?


Kalau hangpa duduk di rumah teres dua tingkat, boleh ja simpan di bawah tangga rumah dalam kedudukan menegak atau kalau hangpa nak jimatkan lagi ruang, hangpa boleh cabut kedua-dua kerusi & lipat stroller tersebut. Kalau duduk apartment, aku suggest hangpa simpan stroller ni dengan mencabut kedua-dua kerusi untuk lebih kompak.

Bila hangpa dah cabut kedua-dua kerusi, hangpa boleh lipat bingkai & susun letak kedua-dua kerusi diatasnya. Teknik ni jugak hangpa boleh simpan di dalam boot kereta hangpa untuk penjimatan lebih ruang. Hanya memerlukan 30 saat ja untuk melakukannya.


Macammana Dengan Saiz Kerusi?


Jangan risau, saiz kedua-dua kerusi sangat mencukupi. Terdapat banyak ruang di kerusi utama untuk baby berkembang, berbaring & sesuai digunakan dari newborn. Di kerusi kedua jugak selesa walaupun dalam kedudukan di mana ruang sedikit & terhad. Kedua-dua kerusi tersebut jugak dilengkapi dengan tali pinggang untuk keselamatan anak hangpa.



Double Stroller Idaman



Adakah Stroller Ni Senang Ditolak?


Aku dapati yang stroller ni memang mudah untuk ditolak. Rekaan tayar belakang yang lebih besar berbanding tayar hadapan membuatkan ianya lebih mudah ditolak dengan selesa & sempurna.

Cuma kadang-kadang bila rasa susah untuk membelok masa menolak tu ianya disebabkan tayar depan terkunci. Hangpa cuma perlu betulkan tuil dekat depan tu ja.



Double Stroller Idaman



Macammana Pulak Dengan Sistem Break?


Break stroller ni berada dibahagian tayar belakang. Hangpa hanya perlu menggunakan kaki untuk menguncinya. Amat mudah!.


Tonton Video Ini.



Besar Tak Bakul Simpan Barang?


Bila kerusi kedua tak digunakan, saiz bakul mempunyai ruang yang lebih banyak untuk beg , lampin & pelbagai lagi time hangpa nak p shopping. Tapi bila kerusi kedua digunakan, saiz bakul amat terhad. Kalau macam ni, aku cadangkan hangpa beli poket tambahan atau alat pegantung untuk gantung barang-barang & simpanan tambahan.



Bumbung Kedua-dua Kerusi Ni OK Tak?


Bumbung stroller atau hood stroller ni aku sangat suka terutama time cuaca cerah sebab ianya mempunyai satu flap tambahan yang boleh ditarik ke bawah untuk melindungi baby kita daripada sinaran matahari. Terdapat jugak zip yang boleh dibuka untuk mendedahkan lapisan jaring bagi pengudaraan.


Adakah Berbaloi Membelinya?


Serious!!. Bagi aku memang berbaloi jugak dengan harga yang ditawarkan sebab kebanyakkan twin stroller / double stroller / tandem stroller harganya dua kali ganda dari Hauck Duett 2 ni untuk kategori  jenama stroller antarabangsa. Hangpa boleh survey sendiri.


Di Mana Hendak Membelinya?


Tempat yang aku amat rekemen untuk hangpa beli Hauck Duett 2 Tandem Stroller ni adalah di website The Baby Store. Harga di website ni sangat berbaloi & yang paling penting adalah website ni sangat trusted. Boleh dipercayai. So hangpa tak payah risau tentang penipuan online.



website barangan baby

Selain itu, kalau hangpa shopping dekat The Baby Store ni, hangpa dapat mengumpul mata ganjaran pada setiap pembelian hangpa & boleh ditebus untuk beli barangan lain pada belian seterusnya. Memang amat menjimatkan.


Kalau hangpa pelanggan baru, hangpa boleh tebus 200 points untuk pendaftaran pertama & boleh digunakan terus. So hangpa jimat lagi tu.


Terus klik ja butang dekat bawah ni kalau hangpa nak membeli Hauck Duett 2 ni.




Website Barangan Baby


1 comment

  1. Wahhhh bestnya stroller gini.. Tp mcm x muat kereta la pulak, haha~

    ReplyDelete