Yong Tau Foo Best, Taiping.

Medan Selera Belakang Bomba Taiping.

Minggu lepas aku keluar ke Taiping nak beli barang kedai aku. Lepas ja beli barang, kami pun pusing -pusing ronda Taman Tasik Taiping. Tak bercadang pun nak lepak -lepak dekat situ. Hari pun dah lewat petang.
Yong Taw Foo Taiping, Belakang Bomba
Aku cadangkan pada Mak nak terjah ke Medan Selera Belakang Bomba Taiping. Pekan Taiping ni kecil ja tapi kita nak sampai ke medan selera ni pening jugak sebab jalan dia banyak simpang & sibuk.

Medan selera ni sebenarnya dinamakan Pusat Penjaja Taiping atau Medan Selera Padang Sarkas. Tapi orang-orang sini lebih mengenalinya sebagai Medan Selera Belakang Bomba. Sebab medan ni memang terletak betul-betul dekat belakang Balai Bomba Taiping.

Medan selera ni memang panjang & aku pun tak taw ada berapa buah gerai. Boleh kata dekat sini semua gerai menyediakan menu Yong Tau Foo. Kiranya tarikan utama dekat sini Yong Tau Foo lah. Menu lain-lain pun ada cuma tak ditonjolkan sangat.
Yong Tau Foo Taiping, Belakang Bomba
Aku pun tak taw nak cakap gerai mana yang sedap. So, bila masuk ke medan selera ni aku tengok tempat yang ramai pelanggan ja lah. Orang ramai dah tentu sedap kan? Hihi. Masuk cari meja dulu sebab meja memang terhad berbanding dengan pelanggan yang ramai. Lepas tu baru pilih bahan-bahan Yong Tau Foo.
ABC Belakang Bomba Taiping
Kami makan Yong Tau Foo ja. Ada lah order aiskrim untuk Sakinah & Zahra. Boleh ja kalau nak order dari gerai-gerai sebelah. Ada macam-macam. Ada nasi ayam, satey, mee, nasi goreng & sebagainya lah.
ABC Belakang Bomba Taiping
Yong Tau Foo yang aku makan ni bagi citarasa aku biasa-biasa ja. Yang bestnya ialah bahan-bahan untuk dipilih tu memang banyak & harga pun murah. Sebab tu kalau terasa nak makan Yong Tau Foo  ja aku suka datang sini.


No comments