Kena Kencing Kotor!

Kencing Tak Lawas, Sakit Bila Kencing


Assalamualaikum semua.

Aku tak pernah cakap kan sebelum ni aku pernah kena kencing kotor. Minggu ni, 2, 3 hari jugak lah aku kena lagi. Baru hari ni macam ok sikit. Hadui, nak nangis, huhu.

Walau pun takda lah sakit macam sakit nak bersalin tu, tapi tetap sakit taw. Nak tido pun terganggu. Kalau tengah tidur dia rasa nak terkencing boleh ka tak nak bangun? Pulak tu sakit dekat bahagian ari-ari.

Suami aku memang banyak kali dah suruh aku p klinik tapi aku kan degil, kikiki. Aku cakap dengan Kak Tina. Kak Tina bagi aku ubat farmasi yang dia beli. Rupanya Kak Tina pun selalu jugak kena. So, dia memang ada standby ubat. Tapi dua hari aku makan masih takda kesan apa-apa.
So, hari Rabu lepas aku p Klinik Indran yang dekat dengan rumah aku ni. Aku tanya ubat air ada tak? Doktor tu cakap ubat air sangat lah tak sedap, haha. Eleh, macam lah ada ubat yang sedap kan? Takda lah. Maksudnya ubat cecair tu rasa payau gitu lah. So dia bagi aku ubat tahan sakit dengan antibiotik.
Ni ubat tahan sakit. Makan 3 kali selepas makan.
Ni pulak ubat antibiotik, 1 biji makan sekali sehari selepas makan.

Doktor tu cakap selalunya orang kena kencing kotor ni sebab kurang minum air. Lepas tu suka sangat tahan-tahan kencing.

Aku ni bukannya tak suka minum air. Cuma air masak tu kurang sikit, hihi. Lagi satu aku tak suka kalau asyik minum air, sat nak p tandas, sat nak p tandas. Penat lah, haih.

Pastu doktor tu cakap air kencing kita kan ada kuman kan. So kalau kita suka sangat tahan kencing, kuman-kuman dalam air kencing tu boleh melekat dekat pundi kencing kita. Dah tu bila kita rasa sakit masa kencing tu, maknanya kuman tu ada dekat badan kita. Bila dah pernah kena ni, lagi senang lah kuman tu nak melekat sebab dia dah ada tapak, haha. Siap tapak bagai lagi ha!

Aku makan konsisten ja ubat tahan sakit dengan antibiotik tu. Lepas sehari aku makan ubat tu, alhamdulillah dah ok sikit ni ha. Dah tak rasa sangat dah sakit bila buang air kecil tu. Lepas buang air kecil pun takda dah rasa tak puas.

Mulai hari ni terpaksa jugak minum air banyak. Jadi minah tandas pun takpa lah. Asalkan sihat!. Kalau biar boleh kena prmyakit lain pulak taw. Hangpa sanggup? Aku tak!!.

2 comments

  1. Cn pernah kena dulu masa preggy anak first, bykkan minum air barli ye, mmg berkesan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit kan CN?rasa tak selesa ja.in'allah CN, tq

      Delete