Pendang Lake Resort, Kedah.
Antara tempat yang aku p, Pendang Lake Resort. Saja ja p tengok Pendang Lake Resort ni. P malam dah tak nampak lah orang jogging ka mancing ka. Kelam ja, haha. Gigih sangat nak p survey tempat ni sebab katanya ada kolam mandi budak-budak.
Pendang waterfront ni baru ja dibuka berhampiran dengan Pendang Lake Resort. Nak ke waterfront dia agak jauh jugak lah pusing dari resort ni. Tapi jalannya mudah ja. Waterfront ni takda lah besar sangat pun. Cuma ada sebiji kolam mandi besar ja. Tapi kira ok lah untuk kanak-kanak kan.
Bersebelahan kolam mandi tu ada playground yang comel ja. So, pada yang tak nak mandi kolam boleh lah main dekat situ. Zahra dengan Amzar pun malam tu main dekat situ ja. Tak nak lah bagi mandi kolam kan, dah malam.
Bukan main happy lagi depa dua orang tu. Depa tak ingat apa dah, ingat nak main ja. Tapi kesian depa sebab dapat main sekejap ja. Pukul 10.00 malam waterpark ni dah nak tutup. Disebabkan orang pun tak ramai sangat malam tu, puas jugak lah depa main. Duk naik gelongsor tu berkali-kali lah.
Tapi kan satu ja aku tak puas hati, kenapa tandas dia jauh ke belakang sangat? Kalau malam-malam takut lah p seorang, bahaya. Sunyi ja. Part makanan tak dapat lah nak komen sebab kami p malam takda pun stall dekat situ yang bukak lagi masa tu.
Apa pun pada pendapat aku, kalau hangpa merancang untuk datang ke daerah Pendang Kedah ni, hangpa jangan lupa datang menginap dekat Pendang Lake Resort ni ya. Dekat sini memang ada banyak kemudahan & tempat-tempat menarik yang boleh hangpa melawat.
Dan untuk pengetahuan hangpa, kalau hangpa ke sini dengan niat nak memancing, insyaalah hajat tu akan tercapai, haha. Tapi kalau nak cari hiburan, memang ni bukan tempatnya. Dekat sini kalau hangpa nakkan ketenangan & kualiti masa bersama keluarga memang sesuai.
Bazar Makan Pendang.
Selain tu dekat sini jugak mudah ja nak cari makan. Memang banyak. Dekat ja dengan pekan Pendang. Contohnya aku bago satu, malam tu sempat aku & depa p makan dekat Bazar Makanan betul-betul berhadapan dengan Pejabat Tanah Pendang. Banyak sangat pilihan makanan dekat sini. Harga yang murah & rasa yang sedap. Dan boleh dikatakan semua yang berniaga dekat sini adalah orang tempatan kita.
Macam best je... Org Kedah sendiri tak pernah sampai lagi...
ReplyDeleteBoleh lah awak:), tapi tempat makan tu memang best lah, hihi. Banyak pilihan.
Deletelama tak p pendang. last pi masa 2009 mcm tu . haha stay dekat pendang lake resort gak. hehe
ReplyDeleteowh, penah p dah ka situ?akak p resort tu hr tu malam, tak berapa nampak. Hihi. Tapi macam biasa ja tempatnya kan?
Delete