Berjaya Tukar Susu Zahra!

Pediasure~untuk kanak-kanak kurang selera


Assalamualaikum semua.

Hari tu kan aku ada bagitaw yang aku dah tukar susu Zahra, tapi gagal kan?Cubaan Tukar Susu Zahra Gagal!. Dan aku dah jumpa susu yang sesuai untuk Zahra. Jum aku cerita dalam ni.
pediasure untuk anak yang tak nak makan, tukar susu anak
Susu Pediasure Complete ni aku bagi Zahra bermula dari 1 bulan yang lepas. Memandangkan dia pun jenis yang kurang makan sangat sebab tu aku pilih susu ni. Puas lah masak macam-macam, dengan harapan dia akan pilih salah satu menu. Tapi hampa, huhu.

Pediasure Complete ni sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 1 hingga 10 tahun. Sesuai dengan usia kanak-kanak tersebut, aku sediakan susu Zahra cuma lah dengan sukatan 150ml air, 3 scoop susu. Tu pun hanya minum susu 3 ke 4 kali sehari.
pediasure untuk anak yang tak nak makan, tukar susu anak
Apa yang aku perasan, sepanjang pengambilan susu ni, selera makan Zahra berbangkit. Mak Teh Zahra pun puji 'kebagusan' susu ni. Sebab anak dia pun minum susu ni.

Seminggu selepas Zahra tak sihat hari tu, lepas balik kerja ja, aku terus ke kedai ubat cina di Kamunting nak beli susu ni. Ambil tin kecil dulu, periksa tarikh luput, periksa keadaan tin yang cantik, takda kemik & terus p kaunter nak bayar. RM41.30 untuk 1 tin kecil 400gm.
pediasure untuk anak yang tak nak makan, tukar susu anak

pediasure untuk anak yang tak nak makan, tukar susu anak
Dalam fikiran, bila Zahra nak minum susu ni nanti kena belikan jugak sebab selera anak dara ni agak kurang sebelum ni. Susu ni ada dua perisa, Coklat & Vanila. Aku beli perisa Coklat, sebab sekarang Zahra memang nak minum susu yang berperisa Coklat ja. Walaupun ada pendapat lain yang mengatakan kanak-kanak sekecil Zahra tak bagus diberi minuman berperisa Coklat.

Zahra mulanya menolak jugak susu tu, "Tak mo". Aku acah-acah konon aku minum & aku cakap sedap. Zahra cuba jugak minum & habis lah dia minum 5oz bancuhan susu tu. Alhamdulillah aku berjaya!!, haha.


No comments