Wangi Sepanjang Hari Dengan Haruman Enchanteur Stunning

HARUMAN BERPANJANGAN ENCHANTEUR STUNNING


Haruman Berpanjangan Enchanteur Stunning

Assalamualaikum, hai selamat petang semua. Kelmarin aku dapat box exclusive ni dari Enchanteur. Wah best taw bila dapat suprise-suprise macam ni, haha. Senyum sampai telinga!. Dan yang paling best, isi dekat dalam dia tu weh. Sampai ja rumah kelmarin aku terus buka sampul gdex tu. Bau harum semerbak satu rumah, hihi. Taw apa yang harum sangat tu?. Enchanteur Stunning hangpa!. Dapat set lengkap pulak tu. Happy sangat!.

HARUMAN BAHARU ENCHANTEUR, HARUMAN STUNNING


Haruman Berpanjangan Enchanteur Stunning

Enchanteur merupakan jenama wangian terkemuka & terkenal sejak berabad lamanya. Ianya haruman yang diinspirasikan dari Perancis & telah melancarkan semula rangkaian eau de toilette & penjagaan peribadi.

Haruman Berpanjangan Enchanteur Stunning

Sempena dengan pelancaran ni, satu haruman baharu yang sangat menarik dah diperkenalkan iaitu, Stunning. Wangian yang mempersona ni merupakan gabungan turkish rose & magnolia, & dah dipertingkatkan dengan kemanisan dari blackcurrant bud & raspberry. Ia jugak dicampur dengan kelembapan sandalwood.

Hangpa kalau pakai wangian Stunning ni kan mesti hangpa tertawan dengan aroma sensual ni. Aku sendiri pun tertawan dengan wangian ni taw!. Memang harum sangat. Haruman Stunning ni buatkan kita sebagai wanita merasa lebih istimewa & ianya dapat menyerlahkan lagi penampilan & personaliti kita.

Haruman Berpanjangan Enchanteur Stunning

Selain eau de toilette, variasi Stunning jugak hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran & bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut & harum sepanjang hari.

Enchanteur eau de toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala losyen Enchanteur jugak boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60. Deodoran Enchanteur pulak hadir dalam pelbagai bentuk / format - stik, bebola & jugak semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40. Manakala bedak Enchanteur pulak berharga dari RM4.40 hingga 11.80.

Hangpa kalau nak taw macam mana wanginya haruman Stunning ni, hangpa kena lah cuba taw. Semua produk wangian serta produk penjagaan diri dari Enchanteur ni hangpa boleh dapatkan di semua rangkaian pasar raya & farmasi.

Untuk maklumat lanjut:

Website : Enchanteur

Facebook : EnchanteurMY

"Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian...", Author C.Joybell C.






10 comments

  1. CCL pengguna enchaunter . Baunya memang tahan lama . Btw CCL new follower sini . Salam pekenalan ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg wangian baru stunning ni wangi lah CCL. Boleh CCL cuba nanti.

      Delete
  2. Selamat berwangi-wangian.. 😍

    ReplyDelete
  3. Memang dari dulu sukakan wangian Enchanteur ni

    ReplyDelete