Cara Menguruskan Stress Adalah Dengan Pergi Travel!.

Cara Menguruskan Stress.


Assalamualaikum hangpa. Hai !. Hari ni saja nak sembang dengan hangpa. Pasal cycle hidup kita ni. Ada orang sambung belajar untuk dapatkan kerja dengan buat pinjaman PTPTN atau mana-mana pinjaman lah. Lepas dah habis belajar, dapat kerja untuk bayar hutang belajar pulak. Macam aku ni, aku tak sempat pun sambung belajar. Alhamdulillah rezeki aku dapat kerja awal. Tamat ja SPM, setahun menganggur, lepas tu terus dapat kerja aku yang aku kerja sekarang ni.


Cara Menguruskan Stress.
Hangpa rasa kan, betul ka kita dah cukup enjoy dengan kehidupan kita ni?. Bagi aku kalau kita pegang pada prinsip ni, sampai bila-bila pun kita takkan rasa enjoy dengan study kita dan bila dah kerja pun kita tak boleh nak enjoy dengan duit gaji kita sendiri. Cara aku, aku suka buat satu tabung khas yang akan aku gunakan untuk hiburan diri, hihi. Dalam zaman sekarang ni, mungkin tak ada lah banyak sangat aku boleh simpan, tapi kita target  lah buat hiburan yang tak makan banyak kos macam wayang ka, bowling ka dan sebagainya. Asalkan kita dapat releasekan kita punya stress tu dah cukup baik kan?. Lepas tu kita plan lah,  untuk simpan banyak sikit dari sebelum ni, so boleh lah tukar bentuk hiburan tu, haha.


Cara Menguruskan Stress.

Sebenarnya, banyak benda yang boleh kita buat untuk bantu kita managing kita punya stress taw. Mungkin ada antara hangpa yang suka laburkan duit untuk gaming, beli game PS4 dan mungkin juga ada antara hangpa yang akan gunakan duit tu untuk manjakan diri dekat spa ka kan. Tapi kan, kalau hangpa tanya aku, aku lebih prefer untuk pergi travel. Dan aku tak nafikan kos untuk travel ni agak tinggi, so kita memang kena simpan lebih daripada orang lain. Selalunya kalau aku kan,  aku mesti akan plan awal, supaya aku boleh buat anggaran bajet yang aku perlu achieve nanti.

Cari Tiket Di Tarveloka Dengan Harga Berpatutan.


Cari Tiket Di Tarveloka Dengan Harga Berpatutan.

Kalau nak pergi travel, aku suka cari tiket dan hotel guna Traveloka sebab dekat sini semua ada daripada A sampai Z just tinggal pilih ja mengikut citarasa sendiri.
Sebelum ni aku pernah tolong book Singapore Airlines online untuk kawan aku menggunakan Traveloka ni dan boleh dikatakan kawan aku puas hati lah dengan harganya. Of course lah hangpa, kalau hangpa nak dapatkan tiket murah hangpa kena beli awal sebab tu kena ada plan. 
Aku ni duk berangan-angan jugak nak buy flights to London untuk vacation akan datang ka, hihi. Berangan tu percuma ok!. Tapi haruslah kena check balik bajet cukup ka tak. Kalau takda bajet tu,  kena save untuk vacation yang akan datang pulak lah. So, kita cari yang mampu milik sudah.
Ok, bila nak travel ni, yang paling penting kita kena ada, adalah duit untuk beli tiket flight lah kan. Duit belanja lain tu, kita boleh kumpul along the way sebelum depart nanti. Sebab tu kena ada plan setahun awal taw hangpa. Roughly plan pun okay dah. Sekurang-kurangnya kita ada target nak p mana, lepas tu kita boleh try google lah bajet harga tiket flight ke tempat tu. And start lah menyimpan, apa lagi!. Oh ya, pastikan bila kita dah dapat anggaran harga tiket, lebihkan lah sikit bajet tu RM100 or lebih lagi. Yelah harga semua benda kan meningkat saban tahun termasuklah harga tiket flight ni kan. 

Seronoknya travel!.


Cara Menguruskan Stress.

Kenapa aku pilih Travel sebagai medium menguruskan stress aku?. Sebab bagi aku travel ni bagi kita ketenangan. Kita dapat tengok tempat orang lain dan kenali budaya depa. Selain tu, dengan travel jugak kita boleh belajar untuk lebih menghargai keindahan alam semesta ni. Mengagumi ciptaanNya yang tiada tolok bandingnya, sangat perfect dan cantik. Travel ni sebenarnya merupakan satu medan muhasabah di samping kita dapat berseronok bersama keluarga dan sahabat.
Selain daripada itu, bila kita pergi travel ni akan ada satu rasa kepuasan dalam diri yang tak mudah untuk kita ungkapkan. Yelah kita dah kerja penat-penat, dengan travel ni segala kepenatan tu akan hilang bila kita lihat orang yang kita sayang pun turut bahagia. Seronoknya bila kita dapat bawa depa dengan duit titik peluh kita sendiri. Setakat hari ni travelling merupakan satu aktiviti yang sangat membantu aku untuk motivate balik diri untuk kerja dengan lebih baik supaya aku ada duit nak pergi travel ke mana-mana lagi tempat yang best, hahah.

5 comments

  1. Betul tu bila stress pergilah travel memabg hilang terus rasa stress tu kan

    ReplyDelete
  2. Setujuuu. Pergi travel sebab nak release stress. Plus shopping buku ❤️

    ReplyDelete
  3. Kadang kan bawak keta jalan2 pun dah seronok. Hehe

    ReplyDelete
  4. akak dah mula stress seba dah 3 minggu tak travel ni.. haha

    ReplyDelete
  5. Kalau stress elok sangat pergi travel kan...memnag lupa semua masalah kalau travel

    ReplyDelete