Selamat Ulangtahun Kelima Perkenalan Sayang Bonda!

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Bonda!.


Assalamualaikum semua. 

Lambat pulak aku coretkan kenangan hari lahir Zahra dalam blog tahun ni, hihi. Maafkan Bonda ya sayang, Bonda sibuk sangat. Sibuk cari rezeki untuk awak lah.

Tanggal 10 November 2014, lahir lah seorang puteri yang comel. Alhamdulillah, selamat semuanya, walau pun awak keluar melalui cara czer. Nak menjaga awak tu, alhamdulillah takda lah susah sangat. Tapi takpa lah, tu semua pengalaman indah buat Bonda.

Dah besar dah awak Zahra, dah 5 tahun, tahun depan dah 6 tahun. Membesar dengan baik dan sihat ya sayang. Dari kecik manja, dah besar lagi lah, haha. 24 jam bercakap ja. Kalau boleh taknak berhenti. Bonda mood baik, boleh lah layan. Bila mood Bonda tengah swing, mula lah bonda pun naik pening dengar awak bercakap, haha.

Dah pandai mengira nombor, dah pandai ABC, tapi tu lah taw sebut ja, huruf tak berapa kenal lagi pun. Takpa, tahun depan belajar rajin-rajin taw.

Bonda taw, anak Bonda ni budak baik. Setiap hari ada ja nak tolong Bonda.  Dia memang suka tolong Bonda. Mana yang Bonda rasa dia boleh buat, Bonda akan bagi dia buat. Mana yang tak sesuai tu, Bonda tak bagi lah ya.

Ok, jom Bonda throwback sikit gambar sempena sambutan hari lahir Zahra yang tak seberapa hari tu. Jemput tengok!.

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Bonda!.

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Bonda!.

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Bonda!.

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Bonda!.

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Bonda!.

Bonda selalu berharap anak pertama Bonda ni kuat supaya bakal adik-adik dia akan rasa secure dan protected oleh kakak depa.

Tu yang Bonda harap tapi Allah sentiasa sediakan yang lebih baik. Alhamdulillah, Allah bagi Bonda seorang Zahra yang kental hatinya, celik akalnya, taat perintahnya, fasih bicaranya, kuat ingatannya dan santun budinya. Sumber kekuatan Bonda selalu!.

Semoga Zahra sentiasa menjadi seorang yang menyenangi dan disenangi, menyayangi dan disayangi, menerangi dan diterangi. Sentiasa menjadi penyejuk mata.

Selamat Ulang Tahun Kelima Perkenalan Sayang Bonda, Nur Zahra Aressa binti Muhammad Zulfitri. Bonda sayang awak sangat-sangat.

No comments