Spaklean Amazing Nano Collagen

Assalamualaikum, hai semua.

Hari ni aku nak kongsi dengan hangpa satu produk kecantikan dari Spaklean Amazing Nano Collagen yang lain dari yang lain. Bukan setakat penjagaan kulit tapi jugak untuk rambut kita. Kita orang perempuan ni, memang selalu teruja kalau bab nak cantik ni kan. Tambah bila umur dah meningkat ni kan, harus ada extra penjagaan kulit & rambut.

Produk Penjagaan Kulit & Rambut 2 Dalam 1

Apa yang best pasal Spaklean Amazing Nano Collagen ni ialah produk ni boleh dicampurkan dengan bahan penjagaan kulit & jugak rambut taw hangpa. Menarik kan?. Dua dalam satu gitu.

Spaklean Amazing Nano Collagen


Produk Penjagaan Kulit & Rambut 2 Dalam 1

Selalunya kalau produk dari Korea ni memang best & unik kan. Sama lah jugak dengan Spaklean Amazing Nano Collagen ni. Selain fungsi dua dalam satu, ia jugak merupakan rawatan tambahan untuk kulit & rambut kita. Produk ni mengandungi lebih banyak asid almino, glisin & proline daripada banyak protein lain. Ia bukan ja membantu merawat rambut & kulit tapi ia jugak mampu menghalang & memperbaiki kerosakan rambut & kulit daripada tekanan alam sekitar atau faktor sinar UV & pencemaran.

Selain tu, ia jugak mengurangkan penguguran rambut & dapat meningkatkan keanjalan & gloss pada rambut. Produk dari Korea ni jugak dibuat seratus peratus Hydrolyzed Fish Collagen yang kaya dengan Glycine Acid Amino, Protein & Prolien yang merupakan bahan penting dalam penghasilan tisu tubuh badan kita. Ia disahkan halal oleh JAKIM taw!. So, hangpa tak payah risau nak pakai produk ni.

Jom aku nak kongsikan dengan hangpa cara menggunakan & kebaikan Spaklean Amazing Nano Collagen ni. Produk ni mempunyai molekul lebih halus & ringan. Jadi ia bertindak & menyerap dengan lebih cepat & pantas. Ia jugak bebas kimia, pewarna & pewangi berbahaya. So, ia selamat untuk digunakan & hanya untuk kegunaan luar ja taw. Jangan hangpa p makan pulak, kes naya nanti, hihi.

Produk Penjagaan Kulit & Rambut 2 Dalam 1

Spaklean Amazing Nano Collagen ni datang dengan scop & ia memudahkan lah tugas hangpa untuk sukat bahannya kan. Senang hangpa nak agak berapa banyak sukatan setiap kali hangpa nak guna. Hangpa boleh rujuk gambar bawah ni okay.

Produk Penjagaan Kulit & Rambut 2 Dalam 1

Cara gunakan Spaklean Amazing Nano Collagen

Boleh campur produk ni dengan air, produk penjagaan kulit & produk penjagaan rambut seperti krim, foam cleanser, losyen badan, krim tangan, serum, toner, conditioner, shampoo & ubat gigi. 

Kebaikan Spaklean Amazing Nano Collagen


* Mengurangkan masalah rambut gugur, bercabang & kelemumur.

 * Rambut lebih sihat & bersinar.

* Mengurangkan kedutan & garis halus pada kulit.

* Kulit jadi tegang, cerah, lembut & sihat.

Macam mana best tak?. Best tak?, hihi. Dalam satu produk boleh gunakan untuk penjagaan kulit & rambut, jimat pun jimat. 

Personal review aku, selama tiga hari aku guna, kulit aku rasa tegang, pori muka mengecil & kulit rasa natural ja. Tak kering & berminyak bila bangun tidur. Apa pun aku nak ingatkan hangpa, kesan pengunaan setiap orang berbeza taw.

Bagi hangpa yang berminat nak cuba, boleh lah singgah bawah ni ok.

Facebook : Facebook.com/AmazingNanoCollagenMalaysia

Website
www.myspaklean.com.my

4 comments

  1. Menarik nie Acik.. tambah berseri lah nanti ya..

    ReplyDelete
  2. wah bagusnya. banyak fungsi dia. berbaloi beli.

    ReplyDelete