SAMBUTAN HARI LAHIR.
Assalamualaikum semua.
Macam biasa, setiap tahun anak-anak Mak ni mesti plan sesuatu untuk sambutan hari lahir Mak. Kali ni kami raikan makan-makan ringan ja dekat rumah & kami belikan kek favourite Mak sebiji. Terima kasih Ateh Tina sebab sponsor sambutan hari lahir Mak tahun ni.
Isnin lepas balik ja dari kerja, aku dengan kakak aku terus ja p ambik kek yang kami dah tempah dari orang yang selalu aku tempah. Nanti aku share dengan hangpa na. Lepas tu terus ke Pasar Malam beli kan makanan yang nak dimakan untuk sambut hari lahir Mak ni. Kami beli ayam Uncle Bob jugak, sebab Mak kata teringin nak makan. Menu lain ada lah kami beli keropok lekor, apam balik, kacang rebus, & jagung rebus.
Kami anak beranak ja nak makan pun. Jum tengok gambar sekitar sambutan hari lahir Mak kali ni.
Zahra dengan Sakinah dah excited, nak tunggu sepupu-sepupu depa yang lain datang lagi beberapa minit tu pun dah depa rasa macam lama sangat. Jenuh aku nak coolkan budak-budak ni. Kek favourite Tok Pah yang sedap & cantik. Tengok pun terliur dah. Marble kek ja. Sebab kek ni ja yang Tok Pah suka makan.
Sementara menunggu anak cucu Tok Pah yang lain sampai, selfie lah dulu ya hangpa, haha.
Gambar makanan jangan dilupa!.
Setelah perut sabar menyanyi-nyanyi macam-macam lagu, semua dah ada, apa lagi serang lah makanan-makanan yang sedia ada, haha. Baru balik keja kan, memang dah lapar dah. Tengok makanan tu bernafsu ja nak makan.
Lepas makan terus ke acara wajib!. Ramai-ramai menyanyikan lagu "Selamat Hari Lahir Tok" & potong kek.
Alhamdulillah. Diberikan rezeki & dipermudahkan urusan semua yang turut serta dalam sambutan hari lahir kali ni. Nampak Tok Pah seronok, anak cucu tumpang seronok sama.
Akhir kata dari anak cucu Tok Pah, Selamat Hari Lahir Tok tersayang, semoga sihat sentiasa, panjang umur & dimurahkan rezeki selalu. Sayang Tok Pah!!!.
Sanah Helwah Mak.. semoga Mak sentiasa dalam rahmat Allah.. aamiin ya rabb.. love you Mak..
ReplyDeletetq k.da :). Mak love u too.
DeleteSanah helwah makcik seronok dia dpt kiss Dari cucu
ReplyDeletetq k.adda :). Kesayangan Tok tu, hihi.
Deletetak payah orang luar,keluarga pun dah rasa meriah...selamat hari lahir untuk mak
ReplyDeleteBetul tu kak. Tq kak :).
DeleteKek walaupun simple nampak sedap
ReplyDeletesedap kak. kek marble, mak suka.
Deletewahhhhh happy muka mak dapat surprise kek
ReplyDeletea,ah.seronok dapat sambut birthday dgn anak cucu.
Delete