Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah hujung bulan lepas kami sekeluarga sempat mengadakan Majlis Kenduri Kesyukuran & Doa Selamat di rumah sewa Mak kami di Pekan Batu Kurau. Majlis ni merupakan kenduri kesyukuran sempena kakak aku dapat bekerja sebagai kakitangan kerajaan selain tu merupakan doa selamat kami berpindah masuk ke rumah sewa sekarang.
Bacaan doa selamat telah dibacakan & dihadiri oleh ahli jemaah Masjid Al-Qurawi Batu Kurau, kawan-kawan & saudara mara terdekat.
Majlis ni kami rancang nak buat kecil-kecilan ja, setakat 20, 30 orang tetamu. Tapi memandangkan Mak kami tu ramai kenalan rapat & saudara-mara terdekat yang tinggal dekat-dekat sini berhasrat nak hadir & memeriahkan lagi, so nampak macam meriah sangat taw!!. Nasib baik lah rumah sewa Mak yang baru ni besar sikit so senang & selesa lah sikit tetamu nak menjamu selera.
Masakan pada hari tu semua dimasak sendiri oleh kami sekeluarga kecuali menu istimewa kami iaitu nasi kerabu dimasak oleh isteri saudara Mak yang memang berasal dari Kelantan. Antara hidangan yang kami sediakan hari tu ialah kari ikan masin nenas, asam pedas keladi, ikan goreng, ikan masin, sayur campur, kerabu & ulam-ulaman. Selain tu ada kami sediakan kuih muih.
Alhamdulillah pada akhir majlis, kami sempat jugak membekalkan beberapa juadah kepada tetamu untuk dibawa balik.
Kami ucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran tetamu yang meraikan majlis ni. Kami jugak memohon maaf kepada yang tak menerima jemputan. Bukan apa, majlis kenduri ni kami buat secara kecil-kecilan ja. Segala kekurangan kami mohon berbanyak-banyak maaf.
Sedapnya lauk pauk tu
ReplyDeletelauk-lauk kampung k.lynda, memang berselera:)
DeleteSedapnya nampak semua lauk. Siap ada nasi kerabu lagi. Terliur pg2 baca ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki akak awak dpt kerja kerajaan. Skrg ssh juga nk masuk. Semoga dia terus berjaya. Dan selamat masuk ke rumah sewa baru. Semoga semuanya baik2 saja hendaknya. InsyaAllah.
lauk kampung kak, memang selera kan. menu istimewa tu permintaan mak. betui kata akak tu, alhamdulillah. terima kasih akak.
Deletewah.. lauk pauk kampung.. sedapnye.. ade ulam lagik.. hee~ ngape la tak jemput kite ?
ReplyDeletehaha, memang ni selalu jadi pembuka selera kan? kalau dekat confirm aina jemput:)
Delete