Hadiah Cabutan Bertuah Dinner Hari Guru

CABUTAN BERTUAH DINNER SEMPENA HARI GURU


Assalamualaikum semua. Hari tu aku ada cerita yang aku p dinner sempena Hari Guru kan? Meriahnya Dinner Sempena Hari Guru. Ni aku nak cerita tentang cabutan bertuah pada malam tu.

Hadiah tahun ni memang semua gempak-gempak. Tak rugi aku join dinner sempena Hari Guru tahun ni. Kak officemate aku pun cakap best lah dapat join dinner ni. Rasanya dia memang tak pernah join dinner macam ni. Aku pulak dah berapa tahun tak join. Jom tengok siapa menang cabutan bertuah.

Tak dapat nak tangkap gambar penerima-penerima cabutan bertuah sebab meja kami jauh dari pentas kan.

Aku kan masa depa dok umumkan nombor cabutan bertuah tu, aku cakap dekat kak officemate aku "Kak Akma, kalau nombor sue naik nanti, Kak Akma tolong naik pentas ambik ya. Malu!. Haha". Berangan dah wei, hihi.

Masa dia umumkan hadiah selepas ni ialah TV kan, dah cakap dalam hati, dapat TV kan best, hihi. Boleh letak dalam bilik. Lepas tu kan masa dia nak umum tu, dengar ja betul-betul, & dia umumkan nombor 0, 0, 9, 1. Yeah!!!, nombor aku tu. Alhamdulillah rezeki Zahra. Syukur.

CABUTAN BERTUAH DINNER SEMPENA HARI GURU

Nasib lah tumpang kereta besar cikgu sekolah aku ni, muat lah nak bawak balik TV tu. Masa nak masukkan dalam kereta tu kan, jenuh jugak lah angkut dari dewan kami makan tu ke parking kereta. Berat!.

Yang menang peti ais apa tu macam mana lah depa bawak balik kan?. Motor pun ada taw. Macam aku cakap tadi tahun ni memang hadiah gempak-gempak taw. Tak rugi p. Yang bestnya lagi Kak Akma pun dapat tempias nombor bertuah aku, dia pun dapat hadiah malam tu. Aku jugak nak ucapkan tahniah kepada orang lain yang bertuah. Raya ni TV baru lah aku, hihi.

Jom tengok hadiah kami.

CABUTAN BERTUAH DINNER SEMPENA HARI GURU

CABUTAN BERTUAH DINNER SEMPENA HARI GURU

No comments