BILA IBU BERKERJA BAWA ANAK KE PEJABAT
Assalamualaikum semua.
Cerita minggu ni, wah ayat macam nak menyampaikan berita ja ya, haha.
Memandangkan takda orang nak jaga Zahra dekat rumah Rabu lepas, sebab Mak nak p mesyuarat AIM dia, & mesyuarat tu dijangka habis lewat pada minggu ni aku pun tak nak lah Zahra ikut Mak. Nanti jenuh Mak nak jaga Zahra pulak. Nanti Zahra tu lama-lama, mula lah nak merengek.
So, aku bawak lah Zahra ikut aku ke ofis. Buat kerja sambil jaga dia, haha.
Duduk dalam ofis tu aku bagi dia main alat tulis aku. Baru lah duk diam sikit budak ni. Kalau tak, habis meja aku dia kacau. Sampai berselerak habis apa yang ada, alahai. Apa lagi, aku pun terus jadi singa lah, hihi.
Sekejap nak duduk atas kerusi, sekejap nak duduk atas meja, sekejap nak turun, haih macam-macam lah si Zahra ni.
Dah berak lah apa lagi tu, aiya!. Tapi takpa dah spare baju, pampers apa kan, p cuci berak dia lepas tu bagi mandi terus. Time lunch tu aku nak hantar dia balik rumah dah.
Sambil buat kerja sambil jaga anak ni, fuhh!!. Memang tak menang tangan hangpa. Kalau dia nak duduk diam tu ok lah, ni tak macam-macam dia nak buat. Dah lah duk tegur & tengok ja semua orang, hahaha.
Haha banyak akai dah si kecil ni. Tu yang suka kacau mummy dia bekerja.
ReplyDeletehttp://panphila.blogspot.my
haha, betui!
Deletehee~ muka puas hati betul tu dapat ikut bonda g keje.. kemahen dia..
ReplyDeletekan?haha
Deleteolololooo.. comelnyaaaa dia ikut bonda pegi sekolah ye...
ReplyDeleteakk pun aritu bawa anak ke opis. tapi, sian juga sbb lama sgt dorang kan boring
ReplyDeletea,ah betui kak. Zahra pun sama.
DeleteBiasalah Acik anak tengah nak membesar.. Ibu angah love you sayang 😘
ReplyDeleteok, ibu angah. love u too:)
Delete