Kawan|Membantu Ka Membantut?

Hidup ni kan memang lah perlu berkawan.Kawan tu perlu untuk teman kita dalam perjalanan kehidupan.Hidup tanpa kawan tak ubah macam badan yang tak cukup anggota.Betui ka macam tu?.Kawan dikatakan orang yang bertanggungjawab mewarnai kehidupan kita.Dan warna yang terhasil pulak bergantung pada siapa & macam mana pengaruh kawan tu dalam hidup kita.

Kawan yang baik dah tentu akan warnai kehidupan kita dengan warna yang indah & menyenangkan, kalau dia mampu mempengaruhi hidup kita, begitulah sebaliknya.

Saidina Umar al Khattab r.a berkata, "Nikmat paling besar selepas Iman dan Islam adalah sahabat yang soleh.Jika kamu mendapati kasih sayang antara dia dengan kamu, maka peganglah dia bersungguh-sungguh".

Pengaruh

"Sahabat yang baik umpama penjual minyak wangi, biarpun kamu tidak membeli minyak wanginya, sekurang-kurangnya kamu mendapat tempias bau minyak wangi yang dijualnya.Sebaliknya sahabat yang jahat seumpama tukang besi, kalaupun tidak terbakar baju kamu akibat api besi yang diketuk, sekurang-kurangnya kamu mendapat tempias bau hangitnya"( HR.Muslim).

"(Agama) seseorang tu adalah sama seperti (mengikuti) agama sahabat karibnya, maka perhatikan dengan siapa kalian bersahabat."(HR.Abu Dawud).

Memilih

Nak berkawan kena pandai pilih.Salah pilih buruk akibatnya.Apa lagi zaman sekarang ni, pengaruh kawan cukup kuat yang kekadang mampu mengatasi pengaruh Mak Ayah sendiri.

Kalau kita nak jadi seorang yang berjaya, kena usaha dikelilingi oleh orang-orang yang berjaya jugak.Depa ni akan jadi pembakar semangat & sumber motivasi untuk kita jugak jadi macam depa.

Penting taw untuk kita dikelilingi oleh kawan yang berfikiran positif & ada minat yang sama dalam arah tuju & wawasan sebab semua tu akan tolong kita untuk bergerak maju ke hadapan dalam hidup ni.

Pentingnya Memiliki Kawan Yang Soleh

Ada kawan yang soleh penting sebenarnya.Sebab dia boleh sokong kita bila kita berada di pihak yang benar & menegur kita bila kita buat salah.

"Janganlah engkau bersahabat dengan orang yang keadaan rohaninya tiada membangkitkan semangatmu dan kata-katanya tidak memimpinmu kepada Allah.Mungkin sahaja keadaanmu adalah jahat, tapi telah dilihatkan kepadamu sebagai kebaikan dirimu kerana persahabatanmu dengan seorang yang keadaanya adalah lebih jahat daripadamu".

"Tiadalah (benar dikatakan seseorang itu) bersahabat denganmu melainkan dia bersahabat denganmu sedangkan dia (sudah pun terlebih dahulu) mengetahui tentang keaiban dirimu.Sebaik-baik orang untuk engkau buat sahabat ialah dia yamg menuntutmu untuk kebaikan dirimu sendiri dan bukan untuk kebaikna dirinya".

No comments