Hai..Aku bukan suka sangat Lego ni.Kalau suruh aku merekabentuk dengan Lego, confirm aku stress sampai boleh menangis, haha.Senang cakap Lego bukan bidang aku.Eh, aku keja kerani kan sekarang ni.
Tapi ni yang Zahra suka
Sebenarnya, aku teringin nak beli yang betui original Lego.Lego best, Lego lagi banyak dia punya block yang boleh create macam-macam.1 kelebihan Lego ni lagi, nanti kita boleh top up dia punya block.Sebab ada jual lain untuk top up block tu.Tapi ni aku beli yang murah ja.Kualiti pun tak setanding.Alah, untuk main-main camni, beli mahal ka murah ka, kalau hilang sama jugak, haha.
Zahra nampak cenderung minat Lego ni.Tapi Zahra banyak pecahkan dari membina.Tak taw apa lagi kud.Baru setahun lebih, tak pandai main lagi.
Aku kalau nak ajar main masak-masak boleh lah.Ajak main Lego tak pandai lah.Paling-paling pun aku tolong susun Lego tu ikut bentuk, hihi.
Sepah ni jangan cakap lah.Salah satu sebab Bonda marah sebab ni lah.Kalau terpijak benda ni, sakitnya kaki.Tapi Zahra suka sangat main Lego ni.Tutup ja lah sebelah mata.Aku kan Bonda yang penyabar.
Bagus jugak main Lego ni, boleh bagi otak budak- budak berfikir sikit nak create sesuatu dari block-block tu.
No comments