Feeling Nervous Jumpa Suami

Hampa pernah tak rasa berdebar ja kalau nak jumpa suami hampa?Kalau aku kan, aku selalu rasa berdebar ja bila suami aku balik sekali sekala, tak pun lama-lama tak jumpa ka.Aih, cewi kan?haha.Aku kan PJJ dengan suami aku, so dua minggu sekali baru kami jumpa & kalau jumpa tu mesti rasa macam masa duk bercinta dulu, berdebar, seram sejuk, cait!!.Lepas tu mula lah fikir, nanti jumpa mula-mula nak buat apa, nak salam ja ka?peluk cium sekali boleh?hihi, gatai!!

Minggu lepas, Alhamdulillah aku balik Kedah jumpa suami aku.Suami aku ok & semakin sihat nampak gayanya, tak nak kalah dengan aku.Cuma tangan dia pulak terseliuh jatuh main bola.Haish, masa aku nak balik sana baru lah dia nak bagi taw.Takut kena marah lah tu!.

Jumaat tu aku mintak dekat Boss aku balik awal sikit.Aku bertolak balik Kedah dekat pukul 7.00pm.Alhamdulillah, jalan tak jem, pukul 10.00pm dah sampai Kedah.Masa dalam perjalanan tu, berdebar ja hati.Tak sabarnya nak jumpa, ringdu sangat dah ni.Happy gila.Sampai ja sana tengok muka insan yang paling aku sayang, happy to the max!.

Aku p dekat suami aku, malu lah, hihi.Jumpa, salam, cium pipi kanan, pipi kiri, peluk, haha.Malu aih, tapi aku happy ok!.Lepas tu bestnya sembang tak ingat lah.Zahra pun sama naik, dialah yang paling happy dapat jumpa Babah dia.Selalu takda Babah, ada Bonda ja.Best lah tu.Berjalan sana sini.Berlemuih main.Happynya dapat spend time dengan Babah & Zahra.Syukur, Alhamdulillah.

No comments