4 LANGKAH MUDAH UNTUK KULIT LEBIH CERAH, ANJAL DAN GEBU DENGAN COSMODERM GLOW-C

COSMODERM GLOW-C BRIGHT & BOUNCY SKIN!

Assalamualaikum semua. Terima kasih pada yang masih sudi datang singgah ke blog aku.


Nak kulit lebih berseri dalam masa 7 hari?


Kali ni aku nak share dengan hangpa produk terbaru Cosmoderm Glow-C Bright & Bouncy Skin!. Macam sebelum ni aku ada share dengan hangpa beberapa produk Cosmoderm yang aku gunakan. Produk Cosmoderm ni memang kebanyakkannya sesuai dengan kulit aku.


Cosmoderm Glow-C ni merupakan rangkaian penjagaan kulit yang kaya dengan anti oksidan. Ia membantu melindungi sel kulit daripada dirosakkan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan UV. 


Pelbagai manfaat Vitamin C yang boleh aku perolehi daripada rangkaian Cosmoderm Glow-C ni taw. Antaranya ialah ia mampu merangsang penghasilan kolagen dalam badan, mengurangkan kedutan dan garis halus, menyekatakan tona kulit dan jugak mencerahkan kulit. 


KEBAIKAN VITAMIN C DALAM COSMODERM GLOW-C


•Mencerahkan kulit

•Sekatakan tona kulit

•Melawan radikal bebas

•Merangsang penghasilan kolagen dalam badan

•Membantu mengurangkan kedutan dan garis halus

•Membantu melembapkan kulit


4 LANGKAH MUDAH UNTUK KULIT LEBIH CERAH,  ANJAL DAN GEBU DENGAN COSMODERM GLOW-C


1.Glow-C Detox Cleansing Gel


Nak kulit lebih berseri dalam masa 7 hari?


Sebagai rutin penjagaan kulit muka, setiap pagi haruslah kita cuci muka dulu kan. So, Glow-C Detox Cleansing ni akan mencuci muka kita dengan lembut tanpa menghilangkan kelembapan semulajadi kulit kita.  Dalam masa yang sama ia membantu detoks kulit kita daripada radikal bebas yang berbahaya. Paling best ianya mengandungi minyak pati oren. Sedap ja bau!. 


2.Glow-C Radiance Toning Essence


Nak kulit lebih berseri dalam masa 7 hari?


Glow-C Radiance Toning Essence ni mengandungi 500mg Vitamin C dan jugak mengandungi minyak pati oren. Banyak kelebihan toner ni antaranya ialah membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit,  membantu melembutkan serta melembapkan kulit dan membantu meningkatkan keupayaan penyerapan kulit. 


3.Glow-C Super Boosting Serum


Nak kulit lebih berseri dalam masa 7 hari?


Super Boosting Serum ni sesuai untuk kulit yang kusam. Serum ni mengandungi Vitamin C paling tinggi iaitu 5000mg.  


4.Glow-C Brightening Moisture Solution


Nak kulit lebih berseri dalam masa 7 hari?


Pelembap ni jugak dirumus untuk kulit yang kusam. Ia mengandungi 1000mg Vitamin C.  Antara kebaikan pelembap ni ialah membantu meningkatkan pertumbuhan semula kulit, membantu meminimumkan garis-garis halus dan melindungi kulit dari radikal bebas.


Kulit lebih berseri dalam masa 7 hari!.


Nak kulit lebih berseri dalam masa 7 hari?


Aku dah try rangkaian produk Cosmoderm Glow-C ni dalam masa 7 hari.  Alhamdulillah, aku rasa kulit muka aku lebih lembap dan cerah, cewah !. Paling syok bintik hitam pun makin memudar. 


Hangpa boleh dapatkan rangkaian Cosmoderm Glow-C ni di semua cawangan Watson's.  Harga mampu milik ok. Selain tu hangpa jugak boleh dapatkan rangkaian produk ni secara online di : https://bit.ly/3d3APZi



No comments