Salam Tahun 2020.

Azam Tahun 2020.


Assalamualaikum semua.

Lambat pulak aku coretkan azam tahun baru aku dalam blog tahun ni, hihi. Sorry hangpa, aku sibuk sangat.

Tahun ni sebenarnya takda azam weh. Cukuplah kalau hidup, ibadah diterima Allah. Atau kalau ajal dah sampai, syahid di jalan DIA. Basmallah.

Di permulaan tahun 2020 ni, Ya Allah, terima kasih kerana masih memberi aku peluang untuk bangkit di setiap pagi.

Terima kasih buat suami yang menyayangi, buat anak yang mengasihi dan buat family serta family mertua yang memahami. Best gift for me would definitely be from my god: chances.

Macammana degil, nakal, jahat, DIA tetap kejutkan aku. Dan bagi aku peluang setiap hari satu persatu.

Dengan semua yang aku dah ada hari ni, aku malu untuk mintak apa-apa lagi. Kecuali aku meminta teguh perasaan bersyukur ni takkan reti hilang dari hati budak kampung ni.

Salam sayang buat arwah Mak, Latifah Binti Baharom yang 29 tahun lalu mencagar nyawa demi memberi aku kesempatan untuk merasai dunia.

Tengok setiap titik darah yang pecah, setiap desibal raungan, setiap airmata tertitis kesakitan. Lagi grafik, lagi bagus. Maka kita segan untuk berbuat kejahatan pada Mak kita. Salam Tahun 2020 semuanya.

No comments