Usahawan OKU Berjaya Dalam Bisnes Jamumall

OKU, TAPI BERJAYA DALAM BISNES JAMUMALL


Assalamualaikum semua. Selamat Hari Pekerja buat semua!. Sempena Hari Pekerja semala kan, hari ni aku nak kongsikan dengan hangpa pasal kisah seorang usahawan OKU yang berjaya. Ya, dia OKU hangpa - Orang Kurang Upaya. Tapi dia boleh buat bisnes besar-besaran, ada staf, & alhamdulillah dia adalah usahawan yang berjaya. Siapakah gerangannya?. Beliau adalah saudara Khairul Nizam iaitu pengasas kepada JamuMall.

OKU, TAPI BERJAYA DALAM BISNES JAMUMALL

Aku ada terbaca tentang kisah Khairul Nizam ni. Aku terkesan dengan kesungguhan beliau. Aku berkata-kata dekat dalam hati, macam mana dia insan yang tak sempurna boleh jadi usahawan yang berjaya, so dalam dunia ni takda alasan kan untuk kita berjaya, betul tak?.

Dikesempatan ni, aku nak jadikan beliau sebagai sumber inspirasi aku. Aku tak nak mengeluh & beralasan lagi. Tak nak pandang belakang dah. Terus jalan maju ke depan & cuba buat sehabis baik dalam apa jugak pekerjaan yang aku jalankan.

Semua yang ada untuk aku lalui ni sesungguhnya pemberian dari yang esa.

LUAHAN OKU, TAPI BERJAYA DALAM BISNES JAMUMALL


Di sini aku nak share dengan hangpa luahan di Facebook beliau yang sangat membuatkan hati aku terkesan.

OKU, TAPI BERJAYA DALAM BISNES JAMUMALL

Diusia 30 ... dengan keadaan cacat ... aku bersyukur dengan kehidupan ... aku berjaya membina satu syarikat Jamumall Sdn Bhd, & membina platform jualan jamumall.com ... aku happy mampu beli apa aku nak, mampu makan yang mewah, mampu travel ke Dubai, Korea, Japan, Australia & banyak negara aku dah sampai ... yang paling best aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga, tanggung family & bersedekah setiap hari ...

Bukan nak riak ... tapi aku taw ramai sebenarnya orang diluar sana nak jadi macam aku, nak banyak duit macam aku, nak bahagiakan family mereka macam aku ... tapi adakah mereka sekuat aku?.

Lihat lah aku ...

Kehidupan aku dulu tak macam ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku, makan perlu disuap, mandi perlu diuruskan, duduk perlu diangkat & tidur perlu dijaga, bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian.

OKU, TAPI BERJAYA DALAM BISNES JAMUMALL

Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari, bukan tiga hari, bukan seminggu, bukan sebulan tetapi bertahun-tahun!!!. Ada ketika aku rasa sangat terkesan bila ada ketika bila aku haus, lapar, penat, takda orang disisi ... tapi takkan aku nak mengharapkan mati???. Allah beri aku nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari & akal mesti ada sesuatu manfaat yang nak aku buat ...

Aku cuba merenung & mengimbas kehidupan ramai orang diluar ... kalau lah aku di beri tubuh fizikal sempurna, boleh berjalan, berlari, melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada orang lain ...

OKU, TAPI BERJAYA DALAM BISNES JAMUMALL

OKU, TAPI BERJAYA DALAM BISNES JAMUMALL

Aku melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri, ramai yang suka bagi bermacam alasan bila bekerja, ramai yang cepat giveup bila ada cabaran!.

Ramai cuba memilih untuk kerja senang, taknak susah, lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat, sanggup berhenti kerja & mengangur bertahun-tahun atas dasar ego boleh bergerak sendiri & sanggup melihat keluarga & orang sekeliling susah. Paling terkesan nak bagi duit dekat Mak & Ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih!!!. Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...

Jadi aku bangkit!!!. Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur ... bersyukur dengan nikmat yang Allah beri & jangan sia-siakan,  aku bangkit untuk beri manfaat pada orang lain. Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari & satu akal aku dapat melihat kegembiraan, senyuman ramai orang-orang disekeliling aku ...

Kini aku sedar ... untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan, mahupun bisnes bukan mudah. Tetapi atas keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, suka berlajar & improve diri, & juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ...

Dan semua value yang ada dalam diri aku, akan aku bawakan kedalam semua team aku & masyarakat untuk mereka bangkit, bersemangat, & berjaya!!!.

Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari & akal mampu membina kehidupan sendiri & kebahagiaan orang sekeliling ... anda ada berapa jari untuk ubah kehidupan?. Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi ... kita ja mampu ubah diri kita!!.



Ha, macam mana hangpa?. Terkesan tak dengan penulisan saudara Khairul ni?. Terkesan kan!. Bersyukur lah kita yang sihat sempurna ni sebab masih ada banyak peluang pekerjaan & banyak kerja yang boleh kita cari.

Jom kita bersama-sama berkerja secara HALAL dengan kuat mulai hari ni. Jangan merungut & jangan kita berfikiran negatif.

Selamat Hari Pekerja sekali lagi dari aku.

Dan untuk lebih motivasikan diri kita, hangpa jangan lupa ikuti Khairul Nizam di social medianya:

FB: https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/

PAGE: https://www.facebook.com/Jamumallcom/

IG: https://www.instagram.com/hyekhairul/

Website: https://jamumall.com/



4 comments