Zaman sekarang ni, alhamdulillah dah ramai yang menyedari tentang tanggungjawab untuk menjalankan perintah Allah iaitu dengan membayar zakat. Malah bagi yang kerja makan gaji macam aku ni, mudah sekarang. Boleh membayar dengan skim potongan gaji terus dari akaun gaji. Banyak saluran yang telah dipermudahkan oleh pihak yang menguruskan pungutan zakat wilayah & negeri. Selain tu, pelbagai kempen jugak telah dijalankan untuk menggalakkan lagi kita berzakat & mengingatkan kita tentang kewajipan membayar zakat.
Dalam rezeki kita ada bahagian rezeki orang lain. Tu lah konsep yang perlu kita fahami setiap kali memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk sekali pun. Terutamanya pendapatan, wajib dibersihkan melalui bayaran zakat.
Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my
Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) baru-baru ni telah melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP iaitu Jom Berzakat @ zakat.com.my yang telah berlansung mulai 1 Ogos hingga 31 Oktober 2018 (3 bulan). Portal PPZ-MAIWP adalah merupakan salah satu saluran kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ_MAIWP bagi menggalakkan masyarakat umum menunaikan kewajipan berzakat. Ni adalah usaha bagi membantu meningkatkan lagi ekonomi lebih ramai asnaf. Melalui kemudahan portal ni, pembayar zakat boleh membuat bayaran menerusi online pada bila-bila masa ja dengan mudah & cepat.
Bagi menggalakkan lagi pelaksanaan kewajipan berzakat, menerusi medium ni, 20 hadiah tajaan dari SeriGroup Global Sdn. Bhd boleh dimenangi pada setiap bulan iaitu bermula dari Ogos, September & Oktober 2018 dengan hanya membuat pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my.
Sesi penyampaian hadiah kepada 60 jumlah pemenang dari ketiga-tiga bulan ni akan disampaikan sewaktu Karnival Zakat iaitu pada 1 Disember 2018 nanti.
Antara objektif lain kempen ni dijalankan ialah khusus bagi menggalakkan para peniaga online, sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di Wilayah Persekutuan & pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan, namun bekerja di luar negara serta amnya kepada umum yang ingin memudahkan pembayaran zakat depa.
Pelancaran Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my ni disempurnakan oleh Ketua Pegawai Esekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir, Pengarah SeriGroup Global Sdn. Bhd, Puan Noradzura Podzi & Pengarah Bersama SeriGroup Global Sdn. Bhd, Encik Muhammad Khalif Samsudin.
Seiring Pelancaran Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my ni, PPZ-MAIWP akan berusaha mempergiatkan penggunaan media sosial rasmi PPZ-MAIWP agar ia dapat menarik minat lebih ramai lagi pembayar zakat untuk membayar zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP. Sepanjang tempoh tiga bulan kempen ni berlansung, pihak PPZ-MAIWP telah mensasarkan seramai 4,500 pembayar baru, tak mengulangi pembayaran zakat depa dengan kutipan sebanyak 2.5 juta.
Syarat Dan Cara Penyertaan Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my
PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam terutamanya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat melalui platform Portal PPZ-MAIWP agar ianya dapat mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang ada di dalam harta kita disamping mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar.
Jangan kita menjadi manusia yang penuh dengan alasan. Apa jua yang di langit & di bumi adalah kepunyaan Allah swt. Ni termasuk lah harta benda yang dipinjamkan kepada setiap hambaNya. Hakikatnya, manusia telah diberikan rezeki sebagai rahmat & amanah yang harus dipergunakan sebagaimana yang diperintahnya.
"PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat".
Thk u for sharing
ReplyDeleteBaguslah ada kemudahan mcm ni.. mmg senang nak tunaikan kewajipan kita. Thanks sharing :)
ReplyDeleteSenang skrg nk bayar zakat. Online je. Tak perlu nak beratur dekat kaunter.
ReplyDeleteSekarang mudah dah. Zakat boleh dibayar secara online dah
ReplyDeleteBaguslah sekarang ni zakat dah boleh bayar secara online
ReplyDelete