Tasneem Naturel Baby Balm | Produk Terbaik Untuk Anak Kecil

TASNEEM NATUREL BABY BALM

Assalamualaikum semua.

Produk Terbaik Untuk Anak Kecil

Aku tengok kan, kalau cari #tasneemnaturel dekat instagram, memang banyak sangat keluar pasal baby balm ni taw. Baru aku taw yang baby balm ni sangat famous sebab ianya natural & mengandungi essential oil.

Dari situ lah aku pun tertarik nak mencuba keempat-empat jenis Tasneem Naturel Baby Balm ni. Balm ni didatangkan dengan 4 variasi mengikut keperluan & masalah yang berbeza-beza iaitu :

✔Coughflu Time
✔Tummy Time
✔Calm Time
✔Sleep Time

Sekarang ni Zahra memang setiap malam aku sapukan Sleep Time tu ja. Kekadang dia ambik sendiri sapu. Bukan main seronok & terujanya dia nak sapu balm tu. Bau Lavender dia lembut ja. Lagipun dia tak berminyak sangat & tak melekit. Aku pun tumpang sekaki wei, hihi.

Selalu Zahra kan payah sangat nak tidur malam taw, tidur lambat ja kerjanya. Lepas tu dalam tidur tu selalu merengek. So, sebelum tidur malam tu, aku sapukan Sleep Time balm tu dekat belakang dia, tapak dia & pergelangan tangan dia. Tengok elok ja dia tidur. Nyenyak!. Memang tiap-tiap malam aku sapu dekat Zahra.

Aku pulak suka Calm Time tu sebab kekadang cepat sangat stress kan. So, sapu sikit dekat tulang belakang, tapak kaki & pergelangan tangan. Kekadang aku hidu ja bau dia. Rasa best ja, tenang!. Tumpang pakai dengan Zahra, haha.

Dekat bawah ni aku bagi sikit penerangan tentang Tasneem Naturel Baby Balm serta kandungannya untuk rujukan hangpa ok.

COUGHGLU TIME

Soothe Cough & Flu


Produk Terbaik Untuk Anak Kecil

RM49 / 18gm

Tasneem Naturel Coughflu Time ni membantu secara semulajadi masalah batuk & selsema. Aku paling risau bila anak terkena batuk & selsema. Nak pulih sepenuhnya tu memang selalu ambil masa yang lama lah. Tu pentingnya balm ni, ianya dapat membantu dalam proses penyembuhan disamping bagi keselesaan pada anak kita.

Kelebihan Tasneem Naturel Coughflu Time
  • Membantu kurangkan selsema.
  • Membantu mencairkan kahak.
  • Membantu melegakan athma.
  • Membantu mengurangkan suhu ketika demam.
Kandungan: Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Lemon, Orange, Eucalyptus, Lavender, Cypredd, Tea Trea, Frankinsence.

Cara Guna : Sapukan di hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki & dada.

TUMMY TIME

Ease Tummy Discomfort

Produk Terbaik Untuk Anak Kecil

RM49 / 18gm

Tasneem Naturel Tummy Time ni pulak dapat membantu menangani masalah anak kembung perut, sakit perut & cirit birit. Cakap bab kembung perut ni, perkara ni lah yang amat menakutkan seorang ibu kan. Bila baby yang tak pandai bercakap lagi yang mengalami kembung perut, lagi lah susah. Yang kita ibu ni mula lah gelabah tak taw nak buat apa. Nak pulak takda minyak atau balm yang sesuai dalam simpanan. So, dengan adanya Tummy Time ni, masalah kembung perut tu dapat lah kita atasi. Inshaallah.

Kelebihan Tasneem Naturel Tummy Time
  • Bertindak seperti minyak telon.
  • Dapat membuang angin dalam perut.
  • Membantu melegakan perut sebu.
  • Membantu melegakan kembung perut.
Kandungan : Carrier Oil, shea Butter, Beeswax, Ginger, Peppermint, Junipers, Fennel, Lemongrass Anise, Patchouli, Tangerine, Lavendar.

Cara Guna : Sapu pada perut & tapak kaki.

CALM TIME

Promote Whole Body Relaxation

Produk Terbaik Untuk Anak Kecil

RM49 / 18gm

Tasneem Naturel Calm Time mampu bagi ketenangan pada anak kita waktu depa berada dalam keadaan meragam atau tantrum.

Kelebihan Tasneem Naturel Calm Time
  • Memberikan keselesaan.
  • Mengurangkan tekanan.
  • Mengurangkan keletihan.
  • Membantu anak lebih tenang.
Kandungan : Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Lavender, Orange, Mandarin, Geranium, Marjoran, Frankinsense, Bergamot, Roman Chamomile.

Cara Guna : Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi, belakang telinga & pergelangan tangan.

SLEEP TIME

Support Restful Sleep


Produk Terbaik Untuk Anak Kecil

RM49 / 18gm.

Tasneem Naturel Sleep Time ni pulak dapat membantu anak kita yang susah tidur. Essential oil yang terkandung didalamnya dapat memberikan tidur & hormon sedar anak. Malahan dapat memberikan tidur yang nyenyak & berkualiti pada anak kita.

Kelebihan Tasneem Sleep Time
  • Membantu anak tidur lena.
  • Membantu anak supaya mudah tidur.
  • Membantu anak bangun dalam mood ceria.
  • Memberikan tidur yang berkualiti.
Kandungan : Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Cedarwood, Lavender, Vetiver, Chamomile, Orange, Marjoram, Bergamot, Ylang Ylang.

Cara Guna : Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi, belakang telinga, serta pergelangan tangan.

Ternyata keempat-empat variasi Tasneem Naturel Balm ni mempunyai kelebihannya tersendiri. Bagi pendapat aku kan, setiap rumah perlu ada balm ni sebab ianya dapat membantu kita menangani pelbagai masalah yang sering dihadapi anak kecil kita. 

Dan yang bagusnya, produk ni takda bahan kimia & telah mendapat kelulusan KKM. Sebagai seorang ibu, aku yakin dengan produk Tasneem Naturel yang berasakan essential oil ni selamat & dapat membuatkan si manja lebih selesa. Selain tu produk ni bukan lah hanya boleh diguna pakai oleh baby ja, orang dewasa pun boleh. 

Ramai yang dah mencuba & berpuas hati dengan balm ni. Jom tengok testimoni dari pengguna produk Tasneem Naturel ni.

TESTIMONI PENGGUNA TASNEEM NATUREL BALM


Testimoni Pengguna Tasneem Naturel


Testimoni Pengguna Tasneem Naturel


Testimoni Pengguna Tasneem Naturel

Testimoni Pengguna Tasneem Naturel

Bagi hangpa yang ada anak kecil, aku recomended sangat produk Tasneem Naturel ni sebab ianya dapat membantu hangpa dalam menyelesaikan masalah anak demam, batuk, selsema, kembung perut, tantrum & masalah tidur anak kita. Bila anak tak hadapi masalah tu semua, kita pun gembira, kan?. 

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan serta pembelian, boleh lah layari:

Website : Tasneem Naturel

Facebook : Tasneem Naturel Hq

Instagram : @tasneemnaturel

Whatsapp : 011-29964665









6 comments

  1. Memang best balm ni kan . Bukan baby sahaja bokwh apply . Dewasa pun boleh guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui tu awak. Kita suka calm time & sleep time.

      Delete
  2. Kak Da paling suka Calm Time dengan Sleep Time.. bau pun sedap..

    ReplyDelete