Dashing Pocket Eau De Toilette : Smell Great, Anytime, Anywhere

DASHING ANYTIME EDT


Assalamualaikum semua.

Minggu lepas tiba-tiba aku dapat bungkusan lagi, hihi. Amboi sekarang ni review produk penuh dengan kejutan taw!. Ok kali ni kejutan dari Dashing pulak. Tapi Dashing ni kan lebih kepada lelaki kan, so untung lah en.suami aku kan?. Dah tentu aku hadiahkan pada dia ha.

Wangian ni antara benda terpenting bagi lelaki maskulin selain bergaya kemas. Hangpa taw tak, ni pun salah satu hal yang sangat penting untuk menarik perhatian perempuan. Walaupun takda rupa takpa, asalkan jangan busuk, hahaha. Sebab dengan satu bau ja memang akan rosakkan personaliti hangpa sebagai lelaki maskulin.

So, wahai lelaki di luar sana, hangpa taw dah kan apa tarikan utama pada diri hangpa?. Dengan itu Dashing produk penjagaan diri lelaki & jugak merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki telah menghasilkan Dashing Anytime Edt. Hangpa taw tak yang bestnya packaging dia sangat lah comel & bersaiz poket. So senang lah hangpa nak bawak kemana-mana. Takda alasan untuk tidak wangi ya, hah gitu, hihi.

Dashing Anytime Edt

Aku dapat 1 kotak Dashing Pocket Eau De Toilete yang mengandungi 4 jenis pocket perfume. Hangpa boleh tukar-tukar bauan setiap hari. Siapa yang suka kumpul perfume tu, hah apa lagi tunggu?.

DASHING ANYTIME EDT DENGAN 4 VARIASI UNIK - COOL, HATRICK, ACTIVE & ULTIMATE KICK


Dashing Anytime Edt


ACTIVE
Khas untuk si jejaka lasak yang amat mengemari kehidupan serba aktif. Tampil yakin & bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougere yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender & Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.

COOL
Haruman maskulin ini merupakan takrifan identiti & daya penarik bagi si jejaka. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot & Galbanum dilapisi dengan wangian amber & kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang "cool" secara semulajadi dari dalam dirimu.

HATTRICK
Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat & mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran citrus epal diadunkan bersama aroma bunga & calitan amber.

ULTIMATE KICK
Wangian yang dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti & gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden. Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla & suntikan haruman kayuan serta rempah.

Dashing Anytime Edt

Wangian yang paling aku suka baunya, ni dia Ultimate Kick!. Serious sedap ja baunya. Rasa nak sembur banyak-banyak dekat suami, haha. Hee, wanginya Ultimate Kick ni.

Harga setiap satu : RM7.00 (18ml)

Untuk maklumat lanjut:

Website : Dashing Malaysia

Facebook : Dashing

Instagram : @dashing_my

10 comments

  1. Nak tau? Mama pun sebenarnya suka bauan dashing. Pernah pakai utk diri sendiri lagi.. sedap baunya

    ReplyDelete
  2. Comel saiz dia. Senang nak bawa. Harga pun murah pulak tu. Kak ana pun suka perfume dashing ni. Dari zaman sek dulu.

    ReplyDelete
  3. Mudah dan praktikal untuk jejaka sentiasa kekal wangi sepanjang hari dengan dashing ni

    ReplyDelete
  4. Suka semua bau dashing..best

    ReplyDelete
  5. salam singgah dan follow :)

    ReplyDelete