Sambutan Hari Lahir Amzar!

SELAMAT HARI LAHIR SEPUPU ZAHRA!


Assalamualaikum semua.

Lama gila tak update blog ni. Niat di hati ni memang nak sesangat tapi kekangan masa yang agak sibuk dengan aktiviti seharian amat lah dikesali. Hari ni curi-curi masa nak buat entry pasal sambutan hari lahir anak saudara suami aku Mohd Amzar Riezman pada minggu lepas.

selamat hari lahir sepupu zahra, sambutan hari lahir


Amzar ni sama tahun lahir dengan Zahra cuma Zahra muda sikit dari dia sebab Zahra lahir hujung tahun. Ni kira antara sepupu yang paling rapat dengan Zahra lah.

Mama si Amzar ni nak buat sambutan hari lahir Amzar tapi untuk keluarga ja. So, depa buat belah malam di rumah Mak Mertua aku. Mama Amzar dengan en.suami aku lah masakkan Bihun Sup, lepas tu ada abang ipar buatkan Mee Goreng, & ada lagi lah makanan-makanan ringan lain yang disediakan. Banyak jugak lah menu hari tu. Alhamdulillah semua habis. Gambar makanan aku tak sempat nak snap.

Mama Amzar ada sediakan goodies jugak untuk tetamu-tetamu cilik tu. Dekat dalam dia ada berisi gula-gula, kacang, & untuk budak perempuan buku diary yang kulit dia animasi comel-comel tu, budak lelaki pulak dapat set pen warna warni. Menarik jugak kan macam tu?.

selamat hari lahir sepupu zahra, sambutan hari lahir

Decoration yang simple, alah budak lelaki biasa ja kan. Kalau kita yang ada anak perempuan ni yang jenuh nak merenyah buat itu ini. Ok lah tu kan?, dari takda lansung, hihi. Belon tu aku kerah anak-anak buah , sepupu sepapat suami aku yang tiupkan. Bukan setakat kerah tiupkan belon ja, gantung belon pun aku suruh depa.

selamat hari lahir sepupu zahra, sambutan hari lahir


selamat hari lahir sepupu zahra, sambutan hari lahir

Alhamdulillah, dengan majlis macam ni dapat lah keluarga semua berkumpul, walaupun ada jugak yang tertinggal kan. Masing-masing ada komitmen. Kepada yang hadir, bagi hadiah & duit tu, aku bagi pihak Mama Amzar ucapkan ribuan terima kasih ya. Maaf lah kalau layanan tak memuaskan, hihi.

Untuk anak buah Maksu, Amzar. Maksu nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ketiga. Maksu, Paksu & Zahra sayang dekat Amzar. Semoga Amzar jadi anak yang soleh ya buat Mama & Abah, jadi anak yang membanggakan Mama & Abah, jadi budak yang cerdik pandai ya nak!!. Aminn.

1 comment

  1. Meriahnya kek, cm bestday anak tak penah deko pun yang penting kek jew. Ai is xpandai deko.

    ReplyDelete