Sepanjang aku menetap di Taiping ni, memang aku pernah jugak lah melawat Muzium Perak ni.Tapi dah lama aku tak p ke sana.Kalau dulu masa aku p, masuk percuma ja.Sekarang dah dikenakan bayaran & bayarannya tak lah begitu mahal.
Harga Tiket
Dewasa dengan pemegang Mykad :RM2.00
Kanak-kanak dengan pemegang Mykid :Percuma
Warga emas & OKU :RM1.00
Muzium Perak ni sebenarnya luas jugak taw, ada dua tingkat.Ada pelbagai jenis haiwan seni tradisional & topeng-topeng.Ditingkat atas pulak dipaparkan sejarah tamadun orang asli.Dekat bawah ni aku ada kongsikan gambar-gambar yang sempat aku ambik.Jum layan gambar ok!!.
Ni lah Muzium Perak.Lawa kan bangunan dia.Dibina pada tahun 1886.
Bahagian tingkat bawah merupakan kawasan haiwan & rangka haiwan.
Rangka gajah, mengkagumkan!
Perkahwinan tradisional Melayu, Cina & India jugak dipaparkan sejarahnya.
Museum kids corner pun ada taw.
Kawan-kawan yang tinggal area Taiping atau luar Taiping, kalau takda idea nak jalan mana dekat Taiping ni aku cadangkan bawak lah anak-anak p melawat Muzium Perak ni.Bukan apa dengan lawatan ke muzium ni dapat bagi banyak manfaat & ilmu pengetahuan pada kita.Kawasan muzium ni pun agak besar & menarik.So, bagi sesiapa yang tak pernah p boleh lah plan p hujung minggu ni.Insyaallah anak hampa mesti seronok.
Selain bawak anak, nak bawak Mak Ayah, Tok, Tokwan & Adik Beradik pun boleh jugak.Boleh lah terus p melawat Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping dan lain-lain tempat menarik yang berdekatan jugak kawasannya.Harapnya dapat lah entry ni menolong sesiapa yang nak jalan ke mana hujung minggu ni.
lama pula rasanya tak pergi muzium negara... :D dulu rajin la pergi sana.. skrg ni kurang dah..
ReplyDeleteBlogwalking sini, jom baca
Adblock Plus di youtube untuk firefox site....
nanti try lah mai jalan muzium Perak pulak;)
Delete