Artikel Ramadhan & penyusuan ibu dari laman web yang aku baca ada mengatakan takda kesan sampingan yang signifikan terhadap pengurangan susu ibu semasa berpuasa di bulan Ramadhan.Badan wanita yang menyusukan anak akan membuat beberapa penyesuaian metabolik semasa berpuasa untuk memastikan agar pengeluaran susu ibu tak terganggu.Hebatnya penciptaan Allah!!.Penyusuan susu ibu digalakkan dalam Islam & dalam masa yang sama disyariatkan berpuasa dalam bulan Ramadhan.
Ianya normal kalau kuantiti susu sikit berkurang semasa bulan puasa sebab ibu tak makan & minum pada siang hari.Pernah dengar tak frasa susu ibu custom made?Susu ibu akan terus dihasilkan macam biasa bila ada demand yang berterusan & komposisi susu ibu yang dihasilkan mengikut apa yang ibu makan & minum.
Jangan risau kekurangan susu sebab badan sendiri akan adjust komposisi susu.Walaupun kuantiti berkurang sikit dari biasa, nutrisi yang terdapat dalam susu ibu pasti masih cukup untuk keperluan anak.Tapi apa pun ibu tetap kena ambik langkah berjaga-jaga untuk memastikan penghasilan susu masih optimum & tak berkurang secara mendadak.
Kalau ibu nak berpuasa sambil menyusu anak di bulan Ramadhan.Ibu boleh rujuk tips-tips dibawah ni.Apa yang kita fikir, yang kita cakap, yang kita rasa & kita buat adalah hantaran doa kepada Allah.Allah mengikut sangkaan hamba-Nya.Doa seorang ibu adalah doa yang senang makbul.Apa ja yang ibu lintaskan dalam hati pasti jadi kenyataan kalau Allah nak makbulkannya.Tak perlu menanti duduk bertelekung di sejadah menadah tangan.
"Bukankah apabila Allah berkata kun (jadilah) fayakun (maka jadilah)?Kalau Allah izinkan ia berlaku, bila-bila masa ja apa yang kita hajatkan akan jadi kenyataan".So, berhati-hati dengan ucapan kita, ibu!!.Mintak & doa benda yang baik ya!.Sentiasa positif yang susu ibu mesti ada & cukup untuk si comel ibu.

1. Cukup Rehat
Berasa letih saat berpuasa tu lumrah, apatah lagi kalau si ibu baru ja menyusu.Cuba untuk beristirahat sebentar, dengan tidur atau sekadar relaks menenangkan fikiran.Ibu menyusu perlu taw, semakin kerap payudara dihisap oleh bayi, maka penghasilan susu akan semakin banyak.Jadi, bila ibu rajin menyusu semasa berpuasa, penghasilan susu ibu akan tetap lancar.
2. Pengambilan Air
Kandungan utama susu ibu ialah air.Pastikan ibu minum air yang cukup dari tempoh selepas berbuka puasa hingga ke waktu sahur.Ibu digalakkan minum air suam & kalau boleh elakkan ais.Air suam membantu cepatkan pengaliran bendalir dalam badan.Selain tu, minum segelas susu setiap kali sahur boleh mengurangkan ancaman anemia bagi ibu hamil & menyusu.Anemia adalah berkurangnya kadar hemoglobin (Hb) dalam darah.
3. Mengepam Pada Waktu Malam
Pastikan ibu mematuhi jadual mengepam setiap hari macam biasa sepanjang bulan puasa untuk memastikan demand yang berterusan pada breast.Ni adalah contoh jadual mengepam di bulan puasa (bagi ibu yang masih buntu atau belum ada jadual mengepam yang konsisten):
Sesi 1-Selepas sahur atau sebelum Subuh.Masa ni hormon prolaktin tinggi, biasanya kuantiti susu lebih meriah berbanding waktu lain.
Sesi 2-Pam pada waktu tengahari, jam 12.
Sesi 3-Pada sebelah petang sebelum balik ke rumah.
Sesi 4-Sebelum tidur (agak-agak jam 11/12 malam)

*Jika ibu takda masa untuk mengepam pada waktu siang?Lakukan lebih aktiviti mengepam pada waktu malam.banyak demand, banyaklah supply ya!
4. Jangan Stress Jika Susu Kurang
Ibu rasa susu ibu berkurang?Jangan risau, teruskan mengepam supaya ada "demand and supply".Sentisa berfikiran positif & jangan stress.Stress boleh kurangkan penghasilan susu ibu.
5. Pengambilan Milk Booster.
Ibu dah kehilangan banyak tenaga & air setiap kali selepas menyusu & memerah.Jadi, setiap kali selepas menyusu & memerah, ibu digalakkan makan & minum.Makanan yang perlu diambil tak semestinya 2 pinggan nasi lemak atau 3 mangkuk laksa (ni untuk menambah lemak dalam badan ye lah, hihi).Ibu boleh cuba menggunakan milk booster macam Mamom Milk Booster atau Umma Lacto Milk Booster bagi menggalakkan susu badan.Amalkan ni pada bermula waktu berbuka hingga waktu sahur.Breast akan cepat refill sebab paras air & tenaga yang hilang tadi dah ditingkatkan semula.
6. Elakkan Minuman Bikarbonat dan Minuman Berkafein
Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu kalau diambil berlebihan.
7. Amalkan Madu atau VCO
Ibu jugak sangat digalakkan untuk memakan madu atau VCO setiap hari sepanjang berpuasa sebab ia merupakan sumber tenaga semula jadi.Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.VCO atau Minyak Kelapa Dara macam D'Aura jugak amat sesuai untuk ibu menyusu.
|
D'Aura Minyak Kelapa Dara
|
8. Jangan Abai Sahur
Jangan meninggalkan waktu bersahur.Ibu kena amalkan sahur setiap pagi.Lambatkan sahur supaya makanan yang ibu ambil masa sahur tu menjadi sumber simpanan tenaga untuk meneruskan penyusuan & puasa dengan baik pada siang hari.Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup.Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.
9. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat & tinggi fiber yang bukan ja baik untuk tahap kesihatan ibu malah bagus untuk bayi jugak.
10. Makan Kurma Ketika Berbuka
Kurma adalah buahan syurga yang amat ajaib untuk ibu mengandung & meyusukan.Banyakkan makan kurma selepas berbuka puasa hingga waktu sahur untuk tenaga berpanjangan.Buat macam snack ja pun sedap.Breast cepat rasa penuh.InsyaAllah.Tips pengambilan kurma semasa bulan Ramadhan:
1. 3 biji semasa berbuka puasa
2. 1-2 biji semasa bangun menyusu waktu malam-sebelum tidur sediakan 1 bekas berisi buah kurma & 1 bekas berisi air suam.
3. 2 biji sebagai penutup sahur.(buat kurma milkshake untuk sahur pun sedap jugak kan?)
*Ada disebutkan dalam Al-Quran tentang kelebihan kurma untuk ibu mengandung & menyusukan, SubhanAllah!.
11. Bertawakal Dan Berserah Kepada Allah
Kita memang kena berusaha, berserah & bertawakal kepada Allah.Berdoa & memohon supaya dicukupkan susu ibu untuk anak & berdoa dikurniakan rezeki kekuatan & kesihatan untuk meneruskan puasa dengan baik.
Islam agama yang mudah & memudahkan.Kalau ibu mengalami situasi yang menyebabkan ibu tak dapat meneruskan puasa disebabkan komplikasi kesihatan utamanya, Islam memberi rukhsah puasa buat ibu menyusu.
*Tips ni boleh diamalkan selain dari bulan puasa jugak ya.Jum mula sekarang!
Selamat menempuhi ibadah puasa ibu.Ahlan wa sahlan ya Ramadhan!

No comments