Throwback Birthday Surprise!

Birthday Surprise Yang Buat Aku Terharu!.


Assalamualaikum semua.

Hari ni 25 haribulan 9 dah, so maknanya dah dekat 3 minggu birthday aku berlalu. Yeah, Happy Belated Birthday to me!!!. Alhamdulillah aku dah officially 29 tahun. Tambah satu nombor umur aku tapi belum tua lagi ok, hahaha. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi sebab mengurniakan umur yang panjang, sihat tubuh badan, rezeki yang luas & nikmat yang tak disangka-sangka.

Ok entry ni bukan aku nak membebel tak tentu pasal, hihi. Aku cuma nak ceritakan memori manis aku dalam blog ni. Aku ni kan mudah lupa, so dekat sini lah aku nak catat kenangan-kenangan tu semua.

Syukur Alhamdulillah, dihiburkan Allah melalui kawan sekerja & keluarga.Terkejut sangat. Rasa terharu pun ada setiap kali tengok balik gambar-gambar tu. Masya Allah, walau masih terasa dengan kehilangan Mak, tapi dengan segala kejutan ni buat aku rasa happy.

Bagi aku, tahun ni lah birthday aku yang paling gempak & sweet gitu. Tak pernah-pernah aku dapat birthday surprise dari family aku, tup-tup aku disurprisekan tahun ni, haha. Tahun lepas dekat sekolah dapat surprise gitu lah dari ofismate. Tahun ni pun ada dari dia ok. Serious terharu!!!. Aku taip ni pun rasa sebak.

Aku pun tak taw masa mana depa ni semua plan nak buat surprise ni. Pandai sungguh depa ni plan no. Aku tak taw sikit habuk pun, hihi. Bijak sungguh.

Birthday Surprise Yang Buat Aku Terharu!.
Surprise Cheesetart Dari Kakak No 1

Birthday Surprise Yang Buat Aku Terharu!.
Surprise Cake Dari Kakak No 2

Birthday Surprise Yang Buat Aku Terharu!.
Surprise Hadiah Dari Kakak No 3

Birthday Surprise Yang Buat Aku Terharu!.
Surprise Hadiah Dari Kakak Ofismate

Birthday Surprise Yang Buat Aku Terharu!.
Surprise Hadiah Dari Abang No 3

Ya Allah, berikan lah kegembiraan kepada mereka jika ada harinya mereka sedang bersedih sebagaimana mereka menggembirakan aku. Berikan lah mereka kasih sayang jika ada harinya mereka rasa kekurangan sebagaimana mereka membuat aku rasa disayangi.

No comments