Urusan Turun Batu Mak

Kenduri Tahlil Turun Batu Mak


Assalamualaikum semua.

Hangpa sihat ka?. Aku sihat ja cuma kekadang tu datang jugak penyakit macam-macam, hihi. Apa pun kita terima dengan redha ja kan?. Sebab tu jugak merupakan salah satu ujian buat kita sebagai hambaNya.

Kenduri tahlil, turun batu nisan

Alhamdulillah, pada 10 March hari tu aku & family ada buat kenduri tahlil sikit untuk turun batu Mak. Dan urusan turun batu Mak pun dah selesai & dipermudahkan segalanya. Di kesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih sangat kepada semua yang memudahkan urusan turun batu Mak. Terima kasih kepada yang menyumbang dari segi wang ringgit, makanan & tenaga.

Aku terlalu menghargai segala usaha dari semua yang terlibat. Semoga segala sumbangan & kebaikan semua akan dikembalikan semula oleh Allah dalam bentuk yang jauh lebih baik. InsyaAllah.

Buat Mak yang telah pergi, acik bersyukur kesedihan kehilangan orang yang sudi sayang sementara, diganti dengan kesedihan kehilangan orang yang ikhlas menyayangi hingga akhir nyawa.

Walau ia sedih yang lagi pedih, tapi ia pedih yang lagi menambahkan kasih. Walau pilu setiap kali ringdu bertamu, acik harap acik sentiasa ringdu Mak, kerana hanya ringdu yang berani mengganti mampu. Dari suatu pelukan jasad acik, kepada pelukan doa peneman Mak di situ.

Mak, acik redha Mak pergi, cuma mungkin akan sesekali air lalu di pipi, bukan meratapi, sekadar memenuhi naluri penciptaan hati. Mak, acik akur Mak dipulangkan, cuma mungkin akan sesekali kata-kata terluah, seolah menyurat melalui Tuhan, kerana mungkin itu cara acik mencari kekuatan.

Rehat lah & tenang lah Mak disisi Pencipta. Semoga kita bertemu lagi di Syurga. Acik sayang Mak selamanya.

LATIPAH BINTI BAHAROM
150152-281218

10 comments

  1. Hanya mampu mengenang Mak dalam doa dan rindu.. tabah lah wahai adikku..

    ReplyDelete
  2. alfatihah. semoga baik2 selepas ni

    followed here #197

    ReplyDelete
  3. Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya aina. Doa saja yg mampu kita kirim tanda syg pada arwah.

    ReplyDelete
  4. Alfatihah..cantikbatu2 putih tu

    ReplyDelete
  5. Alfatihah utk arwah. semoga roh arwah dicucuri rahmat

    ReplyDelete