ZAHRA KENA DEMAM CAMPAK
Yeah, dah hari raya kan?. Raya hari tu aku cuti panjang jugak, dari jumaat sebelum raya sampai jumaat selepas raya. Aku dah berkira-kira seronoknya nak p beraya tahun ni, memandangkan tahun ni lah aku cuti lama time raya. Tapi kan memang lah berangan tu best, padahal realitinya tak kemana sangat pun aku raya ni, haha.
Ni gara-gara anak aku si Zahra tu kena demam campak. Zahra diduga dengan sakit macam ni & automatik membuatkan Bonda & Babah dia tak lena tidur, makan tak kenyang & mandi tak basah, haha. Macam ni rupanya penangan anak kena demam campak ya, baru aku taw. Rasa macam kalau lah sakit tu boleh dipindah nak ja aku ambil semua rasa demam tu dari Zahra. Teremosi sat aku, huhu.
Mula-mula aku ingatkan Zahra cuma demam biasa hari Khamis sebelum raya tu. Tapi Tok Pah ada cakap yang kepala dia rasa panas lain macam. Aku tak kisah sangat sebab selalunya memang macam tu. Malamnya tu Zahra macam tak dapat tido sangat sebab dia macam tak selesa & batuk-batuk. Nasib lah Jumaat tu aku keja pagi ja, petang tu officemate aku masuk keja pulak. Bergilir untuk cuti raya kan.
Aku balik tengah hari tu tengok Zahra lemah tak bermaya ja. Panasnya pun makin menjadi-jadi. Aku jelum kepala dia dengan air ja lah. Aku bagi Zahra pakai baju yang tak panas. Aku tidur pun tak berapa lena takut suhu badan Zahra naik tinggi.
Demam Zahra berlanjutan sampai esoknya & mula timbul ruam-ruam merah yang ketara dekat kepala, muka & satu badan. Zahra pun start merengek lah tak selesa agaknya. Mungkin dah mula rasa miang, gatal & sakit.
Alhamdulillah lepas seminggu, Zahra dah sembuh. Bintik-bintik semua dah mula kering. Hari jumaat lepas raya aku dah boleh p kerja.
Nak taw apa petua demam campak?. Nanti aku kongsikan ya dengan hangpa semua pada entri seterusnya.
Alahai penuh muka dia dgn kesan campak Tu. Alhamdulillah Zahra dh sihat
ReplyDeleteTu lah. Banyak taw parut yg dalam2 dekat muka & badan dia.
DeleteAlaaa...kesiannya Zahra
ReplyDeleteKesian kan bila budak2 kena. Merengek ja.
DeleteKesian sayang Ibu Angah..
ReplyDeletehihi, sian ia sangat!
DeleteSyafakillah..semoga Zahra cepat sembuh
ReplyDeletetq puan:)
Delete