Susu Pilihan Buat Zahra

Assalamualaikum semua.

Cerita Pasal Susu Zahra.


Cerita Pasal Susu Zahra, Pediasure Pilihan Bonda

Ni bukan iklan promosi ya. Ni nak cerita pasal susu FM si Zahra tu lah. Hangpa yang mengikuti blog aku mesti dah sedia taw yang Zahra ni selalu sangat bertukar susu. Tapi dalam tempoh 5 bulan ni, dia masih kekal dengan susu yang sama. Alhamdulillah.

Sebelum ni bermacam-macam jenis susu dah dia minum. Zahra ni sebelum ni minum susu tak lah kerap & banyak. Dulu minum 4 scoop 5 oz ja. Tapi sejak minum susu Pediasure ni makin bertambah pulak minum susunya ke 7oz bersamaan 3 scoop susu. Susu Pediasure coklat ni kena buat cair sikit kalau tak Zahra nak berak susah . Purata minum sebelum ni sehari 1-2 kali ja, huhu. Tapi sekarag maunya  2-5 kali sehari. Ok lah tu kan.

Zahra ni dari kecik lagi dah minum susu FM. Dulu Zahra ni kecik ja, sekarang lah nampak tembun sikit. Puas lah aku bagi makan vitamin lah apa lah, duk kecik situ lah. Makan pun tak banyak. Sedih ja tengok anak kurus keding, huhu.

Sampai lah aku cuba beli Pediasure coklat ni. Kenapa susu Pediasure, bukan susu lain? Ntah lah wei, dah jodoh kud, haha. Kebetulan susu ni sepupu Zahra minum, so aku pun try beli jugak yang ni. So, bermula lah perjalanan Zahra bersama susu ni.

Perubahannya selepas sebulan Zahra minum susu ni, nampak badan dia makin naik, selera makan makin bertambah. Pilihan yang tepat memilih Pediasure. Dari Raya Haji yang lepas sampai lah sekarang. Tak tukar susu lagi jenama lain pulak. Mak aku tak bagi tukar lain dah. Ni ja lah nampaknya. Kos duit susu tu kencang lah sikit kan, haha. 

Biar ja lah. Berak Zahra pun cantik, setiap hari lawas. Berat badan pun naik nicely. Dari kurus keding tu nampak lah tembam sikit. So tak payah tukar. Setia pada Pediasure.

Harga susu Pediasure ni kategori boleh tahan jugak lah, 400gm RM40.50, 850gm RM81.30. Susu FM ni bukannya cukup untuk sebulan. Macam Zahra stok untuk dia biasa aku beli 1 tin besar dan 1 tin kecik lebih kurang. Rabak kan? Huhuhu. Biasa stok susu murah beli dekat kedai ubat cina ja.

Kekadang rasa macam nak tukar ja susu yang murah sikit. Tapi Mak tak bagi lah. Suruh teruskan ja dengan Pediasure ni. Mak kata nanti tukar, hilang pulak selera budak tu nak bersusu, tengah minum susu ni biarkan lah.

Cerita Pasal Susu Zahra, Pediasure Pilihan Bonda

Cerita Pasal Susu Zahra, Pediasure Pilihan Bonda

Cerita Pasal Susu Zahra, Pediasure Pilihan Bonda

Ye lah Zahra sekarang makin kuat susu pulak kan. Takpa lah Zahra Bonda tak kisah, janji awak sihat, awak memebesar dengan bijak, hihi.

No comments