Pesanan Buat Yang Belum Berkahwin

Siapa Belum Kahwin, Baca Ni.


Pesanan buat yang belum kahwin. Kita hanya akan kenal seseorang tu selepas kita kahwin dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung.

Baru taw masa tu dia tidur berdengkur, baru taw rupanya dia jenis lepas berak tak flush, baru taw dia cepat stress kalau ada masalah, baru taw dia pemarah bila kena tegur, baru taw! baru taw!.

Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap-tiap malam, dating tiap-tiap hari, belum cukup untuk kita kenal seseorang.

Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantis dapat konvo sama-sama, boleh pegang-pegang tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet-sweet, manis-manis, sampai boleh kena diabetes lah, haha. Everything goes smooth all the time & live happily ever after.

Kalau kita tengok yang indah-indah daripada kawan kita yang baru kahwin. Tu semuanya hanya apa yang dia nak perlihatkan kepada dunia. Realitinya susah payah, perit air mata yang disembunyikan, siapa yang taw?. Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah-indah tanpa memikirkan amanah & tanggungjawab yang bakal dipersoalkan.

Alasan dah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' ja tak cukup untuk kahwin cepat. Sebab kalau masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah, macammana kita yakin kita dapat menjaga maruah selepas nikah?

Kalau sebelum kahwin kita tak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil @ sikit, macammana kita jangkakan untuk bersabar & bertahan dengan ujian yang besar @ banyak selepas berkahwin?

Bersedia dah ka kita, balik kerja penat, mengantuk, lapar tapi kena bersabar bila isteri tak masak. Sebab alahan mengandung @ anak meragam. Boleh ka kita tetap tersenyum, menyinsing lengan memasak didapur?. Lepas tu menyuapkan makanan ke mulut isteri kita yang jugak lapar. Urus kencing, berak & mandikan anak-anak untuk bagi isteri ruang pada dirinya. Basuh, lipat baju yang menimbun?. Atau kita akan sengaja balik lewat sebab nak mengelak dari menjaga anak-anak & makan dekat luar ja.

Yang perempuan dah bersedia ka untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersedia ka menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang. Realiti anak nak mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat. You are giving your life for your children. Jangan mimpi nak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil.

Bila kita membentak marahkan orang tua, kenapa susahkan orang nak kahwin?. Padahal kita tak sedar, Mak Ayah tengah mendidik kita bahawa yang kehidupan selepas kahwin tu bukan mudah. Sebab tu depa nak kita berdikari. Sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain. Sebab kahwin memang senang tapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga tu tak mudah!.

Tak sikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah kewangan, tak sefahaman & tak melaksanakan tanggungjawab. Takda kepercayaan & lain-lain. Walaupun asalnya perkahwinan tu diawali atas dasar cinta yang mendalam. Malangnya kita cuma menyedari setelah kahwin.

Untuk menjayakan hidup berumahtangga, cinta ja tak cukup rupanya. Baru lah kita sedar quote 'rezeki selepas nikah' tu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian. Bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.

Cuma masa tu baru kita sedar, betul apa Mak Ayah kata, 'cinta ja tak cukup'.


Semoga Allah permudahkan perjalanan kami seterusnya.

2 comments

  1. betul tu. sye yg belum kahwin ni kena hati2 lah. kena fikir jauh2 sebelum buat keputusan

    ReplyDelete