Assalamualaikum, hai.
Baru hari ni sempat nak tulis entri balik. Ni lah kisahnya, Alhamdulillah Chef suami ada menerima tempahan Nasi Ayam pada minggu lepas. Rezeki anak kami Zahra mungkin, syukur. Makanya sehari sebelum tarikh tu aku & mak Ayah mertua berkampung di rumah kakak suami bagi menyiapkan tempahan tersebut. Lebih senang ada ramai yang menolong. Masing-masing ada tugas untuk diuruskan. Budak Zahra jangan tanyalah, sibuk ja dia tu, haha!. Orang sibuk, dia pun sama sibuk.
Alhamdulillah berjaya jugak kami menyempurnakan amanah orang. Lebih kurang mintak halal ya? Agak kelam kabut sebab depa pun buat tempahan mengejut. Terima kasih kepada pelanggan yang dah buat tempahan dengan kami.
Syarat Tempahan
Nasi Ayam, Nasi Tomato, Nasi Lemak
- Beroperasi dari Pokok Sena, Kedah. Batu Kurau, Kamunting & Taiping, Perak.
- Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh dikehendaki & sila nyatakan nama & tarikh dikehendaki terlebih dahulu.
- Tempahan sah diterima setelah deposit sebanyak 50% dari harga jual telah di bank-in ke dalam akaun.
- Para pelanggan boleh datang sendiri untuk mengambil produk.
- Servis penghantaran ada disediakan untuk kawasan yang berhampiran dengan Pokok Sena, Batu Kurau, Kamunting & Taiping. Sila mesej @ whatsapp saya untuk pengesahan servis penghantaran, 0134550660/ 0165747917.
No comments