Celebrating Besday Zahra Dengan Babah

Alhamdulillah, semalam dapat lah jugak sambut besday baby girl Babah & Bonda yang namanya Nur Zahra Aressa 1 tahun, hihi.

Memang aku dengan Mr.fitri dah rancang nak buat makan-makan sikit ni sempena besday Zahra, buat doa selamat sikit.Alhamdulillah ada rezeki lebih tu, boleh lah buat sambutan besday ni.Kami buat dekat Kedah sebab Mr.Fitri kan stay sana, dia nak buat makan lah dekat kawan-kawan dia belah sana.Buat makan untuk 100 orang, Alhamdulillah cukup.Biar lebih jangan tak cukup, hihi.

Cepatnya masa berlalu kan.Macam mimpi dah ada anak yang usianya 1 tahun.Lepas ni, kalau orang tanya baby umur berapa?Dah boleh jawab, "dah setahun dah".Dah besar dah anak Babah & Bonda ni.Tak sangka.Rasanya baru ja mengandungkan Zahra.Budak kecik yang aktif ni lahir dari perut aku'KUASA ALLAH'.Allahhuakbar..

Nur Zahra Aressa, pengerat kasih Babah & Bonda.Amanat Allah buat kami yang paling berharga.Moga Zahra membesar menjadi anak solehah yang berguna pada agama.Dikurniakan kehidupan yang bahagia dunia & akhirat.Babah & Bonda sayang Zahra sangat.





2 comments

  1. comelnya zahra sayang :) happy birthday semoga jadi anak yang baik sihat kuat cergas. tu mata macam nangis je ? Lihin masa 1st birthday dok melalak je. sekali orang wish sekali dia melalak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq mommy.InsyaAllah, amin2.a,ah nangis..dia tengok ramai2 kan.hihi..lah yeke?sama lah ngan Zahra.tak pandai apa lg kud kan..

      Delete