Review Safi Dermasafe

RANGKAIAN SAFI MALAYSIA TERBARU, SAFI DERMASAFE

Assalamualaikum semua.

Dalam seminggu ni aku dah mencuba produk rangkaian Safi Malaysia yang terbaru iaitu Safi Dermasafe. Apa yang boleh aku cakap, aku rasa macam ok lah produk ni untuk aku pakai. Baru seminggu kan cuba. Secara jujurnya untuk cuba produk ni aku tak lah risau sangat kan sebab Safi Dermasafe ni memang dah dicipta tanpa paraben, tanpa pewangi, tanpa pewarna, tanpa minyak mineral, tanpa alkohol & tak diuji ke atas haiwan!. So, basically Safi Dermasafe ni sesuai untuk hangpa yang mempunyai kulit yang sensetif. Aku ni bukan lah kulit  yang sensetif, so memang takda lah risau sangat & memang teruja nak cuba.

RANGKAIAN SAFI MALAYSIA TERBARU, SAFI DERMASAFE

Selepas menggunakan Safi Dermasafe selama seminggu ni kan, aku memang suka dengan result dia taw sebab produk  ni membuatkan kulit aku lebih bersih & kurang lesu. Walaupun produk ni takda pewangi tapi ia mempunyai bau yang menyenangkan. Bau yang buat kita rasa tak risau, kud lah terlalu banyak pewangi dalam produk penjagaan kulit muka kita.

RANGKAIAN SAFI MALAYSIA TERBARU, SAFI DERMASAFE

Good job Safi Malaysia!. Terima kasih sebab mencipta Safi Dermasafe!. Mungkin jugak kulit muka aku memang sesuai dengan kandungan Safi Dermasafe ni. Tapi betul lah hangpa, hangpa memang kena cuba Safi Dermasafe ni taw!. Percaya lah, hangpa cuba seminggu pun dah akan nampak kesannya, inshaallah. Aku menggunakan kesemua rutin penjagaan wajah Safi Dermasafe jadi memang terasa lah keberkesanannya. Yang penting hangpa, rutinnya sangat mudah. Hanya 3 step ja sehari. Pembersih muka, semburan booster & pelembap. Mudah kan?. Dah cuci muka, keringkan muka, & spray ja semburan booster. Lepas tu apply siang atau malam moisturizer. Alhamdulillah, aku seronok dapat cuba Safi Dermasafe ni & aku rasa bangga sangat sebab Safi Malaysia dapat keluarkan produk penjagaan wajah yang setanding dengan jenama antarabangsa.

Ok jom aku ceritakan rutin penjagaan wajah Safi Dermasafe.

RANGKAIAN SAFI MALAYSIA TERBARU, SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE PEMBERSIH MUKA MOUSSE GENTLE CARE

Safi Dermasafe ni mempunyai 2 jenis pembersih muka iaitu mousse & gel. Aku lebih suka yang mousse ni!. Mousse ni aku pakai waktu pagi. Pembersih muka mousse ni lembut & ringan. Ia menghasilkan buih lembut dengan hanya satu pam ja!. Diperkaya dengan ekstrak Likuoris & Chamomile, ia membersihkan kulit kita secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan & kerengsaan untuk keselesaan pada muka kita. Formula yang tak kering & anti pencemar ni membantu melindungi kulit kita dari pencemaran alam sekitar sambil mengekalkan kelembapan pada kulit agar kulit kekal segar & bermaya.

RANGKAIAN SAFI MALAYSIA TERBARU, SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE PEMBERSIH MUKA GEL MILD & GENTLE

Ni pulak pembersih muka gel, yang ni aku pakai waktu malam sebelum tidur. Hanya picit dekat tapak tangan & gosok dengan sedikit air sampai berbuih, urut muka kita dengan lembut sebelum kita bilas muka kita. Sama jugak, ia diperkaya dengan ekstrak Likuoris & Chamomile, ia membersihkan kulit kita secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan & kerengsaan pada muka kita untuk keselesaan muka kita. Ia jugak membantu mengekalkan keseimbangan pada kelembapan kulit agar kulit lebih sihat & berseri.

RANGKAIAN SAFI MALAYSIA TERBARU, SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE SEMBURAN BOOSTER HYDRATE & REFRESH

Yang ni memang aku love sangat weh!. Sebab booster mist ni bukan ja sebagai pengganti toner, tapi boleh jugak dijadikan sebagai setting spray lepas make up. Kalau waktu tengahari tu aku rasa lesu & mengantuk pun aku spray booster mist ni. Terus rasa segar ja, haha. Memang banyak kebaikan dalam satu produk ni. Ia dapat mengekalkan kelembapan pada wajah & memperkuatkan struktur wajah serta melindungi kulit daripada pencemaran.

RANGKAIAN SAFI MALAYSIA TERBARU, SAFI DERMASAFE
SAFIDERMASAFE PELEMBAP SIANG SOOTHE & HYDRATE

Day Moisturizer ni tak berminyak & pantas menyerap ke dalam kulit. Ia menjadikan kulit kita kekal lembap selama 24 jam!. Aku gunakan moisturizer ni sebelum apply foundation taw hangpa, jadi lagi senang ja nak blend foundation pun. Sebab kulit memang soft sangat lepas guna penjagaan muka Safi Dermasafe ni. Basically moisturizer ni akan menghidrat kulit wajah kita sepanjang hari yang kita lalui!. Senang cakap, kulit kita akan kekal hidrate, gitu. 

RANGKAIAN SAFI MALAYSIA TERBARU, SAFI DERMASAFE
SAFI DERMASAFE PELEMBAP MALAM REHYDRATE & RECOVER
Selepas seharian yang sibuk, penat & muka pun dah kena macam-macam debu & kotoran, ha kita pakai night moisturizer ni pulak lepas cuci muka taw. Night moisturizer ni akan merawat kembali kulit kita selepas seharian kulit kita terdedah kepada kotoran, cahaya matahari & sebagainya waktu kita tengah tidur. Esok pagi bila kita bangun, kulit kita akan rasa lembut sangat.

So, hangpa kalau nak cuba produk terbaru Safi ni, Safi Dermasafe, hangpa boleh lah dapatkan secara eksklusif hanya di WATSONS sahaja ya. Siapa lah yang tak suka masuk Watsons kan, kita ni orang perempuan masuk Watsons ja confirm keluar dengan barang ditangan kan, haha. Cuba lah hangpa, mesti jatuh cinta!.

6 comments

  1. Makin berseri lah nanti no..

    ReplyDelete
  2. Suka tengok packaging yang baru ni. Comel. Hari tu rasa nak beli tapi tu la, sekarang ni baru yakin nak beli. Nnati nak cuba la. Hehe. Saya dah follow awak, jemput dtg blog saya dan follow saya www.silverpinkhijab.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best lah awak pakai safi ni. Ok nnti sy sggh blog awak ya.

      Delete
  3. Kita pun pakai safi dermasafe..best..

    ReplyDelete