Gambar Terakhir Kita, Mak!.

GAMBAR KENANGAN BERSAMA MAK TERSAYANG


Aku jarang tangkap gambar dengan Mak. Sebab Mak jenis yang tak suka bergambar sangat. Ikut mood dia, haha. Tapi hari tu masa p Menara Condong dengan Mak, aku rasa nak sangat tangkap gambar berdua dengan Mak. Dan seharusnya lah Zahra menempek sekali kan. Sibuk ja budak kecik tu, hihi.

GAMBAR KENANGAN BERSAMA MAK TERSAYANG

Ini, gambar terakhir aku bersama Mak. Senyuman di bibir, pelukan di bahu, masih hangat di hati.

Aku masih ingat peristiwa malam tu. Selepas memujuk untuk ke hospital, aku sempat berkata "Mak jangan risau taw?". "Acik ada, orang hospital takkan berani buat apa-apa yang Mak tak suka. Kejap ja, kita p tambah air. Mak jangan cakap acik nak bawak Mak p hospital sebab acik tak nak jaga Mak, acik cuma tak nak apa-apa jadi dekat Mak. Acik bawakkan Mak p hospital ok?". Dia diam ja, last-last mengangguk ya. Aku tak sangka, akhirnya dia bersetuju jugak.

Waktu pemerhatian, Mak nak kena dibiarkan berehat. Selepas aku usap dahinya, aku mengundur pergi. Menunggu di luar. "Mak, acik tunggu luar ya, Mak rehat dulu". Dia menyambut dengan anggukan & senyuman. Sebak, tapi aku hidekan. Itu lah gambaran terakhir Mak dalam ingatan. Dia & senyuman.

Terima kasih Allah sebab berikan gambaran terakhir aku di mata Mak adalah aku yang kuat. Bukan aku yang sedih melihat kesakitannya. Bukan aku yang lelah dengan ujianku.

Aku taw, dia sangat sentiasa risaukan aku & Zahra. Mak selalu taw kesedihan yang aku tanggung, tapi dia tak pernah sebut didepan aku. Mengingati itu, dada jadi sebak pilu.

Mak, takpa jasad kita mungkin tak bersama di sini. Tapi acik akan cuba untuk kirimkan doa peneman Mak di sana hari-hari. Macam yang acik dah janji. Mungkin bakti acik tak banyak untuk Mak di dunia, cuma acik harap dapat jadi anak yang berbakti pada akhirat Mak selamanya. Itu lah bakti yang kekal & setia. Acik sayang Mak selamanya.

LATIPAH BINTI BAHAROM
15011952-28122018
AL-FATIHAH

Aku redha wei, Mak aku dah pergi. Cuma mungkin akan sesekali kata-kata terluah, seolah menyurat melalui Tuhan. Mungkin tu cara aku mencari kekuatan.

6 comments