HADIAH SEMPENA HARI LAHIR
Assalamualaikum semua.
Sebenarnya hari ni aku nak cerita dekat hangpa pasal hadiah hari jadi. Hadiah hari jadi aku lah, bukan hadiah hari jadi orang lain, haha.
Seronok tak bila tiba hari jadi kita, kawan kita bagi hadiah?. Mesti seronok kan. Aku pun seronok jugak bila kawan-kawan ingat tarikh birthday aku. Lepas tu siap bagi hadiah lagi. Untung lah badan kan?, hihi. Memang akan rasa seronok & terharu lah.
Dan untuk hari lahir aku yang ke 27 tahun ni, aku dapat hadiah dari officemate aku, Kak Akma. Terima kasih taw Kak Akma sebab ingat dekat kita taw. Kita rasa terharu sangat, macam nak nangis ja taw, hihi. Terima kasih sangat-sangat.
Tapi kan, hangpa taw tak aku tak taw lansung yang Kak Akma yang bagi hadiah ni sebab takda nama dia pun dekat atas kotak ni, kad apa pun takda. So, mula-mula tu memang aku tak taw lah hadiah ni dari dia. Pandai sungguh dia buat suprise no, haha.
Bila aku bukak tengok, ada selendang, cepat-cepat lah aku bukak selendang tu sebab nak taw dari siapa. Kud lah ada kad ka apa dalam tu kan. Bukan main teruja aku, haha. Duk fikir siapa lah bagi aku kain selendang ni. Bila aku bukak ja, aku nampak corak batu yang pernah aku bagi taw Kak Akma corak tu lawa. Nampak lain dari yang lain.
Tudia, tudia. Terjawab dah siapa yang bagi aku hadiah hari jadi ni kan. Pandai lah Kak Akma ni buat suprise dekat aku kan. Memang pandai sangat.
Nah aku tunjuk sikit hadiah yang aku dapat ni. Cantik tak?. Cantik kan. Suka sangat sebab dapat hadiah selendang cantik macam ni. Terima kasih sekali lagi buat Kak Akma yang gojes sebab sudi bagi hadiah dekat aku. Terima kasih daun keladi, tahun depan nak lagi!, haha. Melampau aku ni ha.
Ok lah, nak tutup cita dah na. Jumpa lagi di lain entry.
cantikk selendang tu.. colour pun cantik.. hehe
ReplyDeletetq awak:).colour peach, cantik!.
DeleteSeronoknya dpt suprise gift. Cantiknya batu2 dekat shawl tu. Confirm bertambah cun bila aina pakai nanti.
ReplyDeletealhamdulillah kak, seronok.a,ah cantik taw k.ana.haha, harap2 bertambah cun.
DeleteCantik kak. Selamat hari lahir :)
ReplyDeletecantik sis.tq:)
Delete