Beriadah Di Taman Tasik Taiping

Assalamualaikum semua.

Masa keluar minggu lepas p ambil banting en.suami tempah di Taiping, kebetulan kami lalu dekat Taman Tasik Taiping. Bila nampak ja taman permainan, si Zahra tu apa lagi, tergedik lah ajak singgah.

Main dekat taman permainan

Memang selalu duk janji dengan dia dah nak bawak p taman permainan tu. So, dapat lah tunaikan permintaan Zahra nak main dekat sini.

Masa kami p tu dalam pukul 3.30 petang macam tu. Tapi masa tu redup dah, mendung ja. Masa  kami sampai tu pun dah ramai orang dah. Biasa lah hari minggu kan. Ramai lah Mak Ayah yang bawak anak-anak depa bermain dekat taman permainan tu.

Si Zahra ni puas lah berlari kesana kemari, panjat sana sini sampai berpeluh sakan lah dia, hihi. Jom tengok gambar dia.

Main dekat taman permainan

Kawasan yang luas. Banyak tempat duduk untuk lepak.

Main dekat taman permainan

Main dekat taman permainan

Main dekat taman permainan

Main dekat taman permainan

Main dekat taman permainan

Ramai-ramai ni memang nak kena sentiasa ja pantau anak main. Tengok pada mainan & persekitaran tu masih terjaga dengan baik.

Haa, kalau mai sini sila bawak duit jugak ya, haha. Jangan lupa. Sebab ada macam-macam benda yang dijual dekat sini. Dekat kawasan parking tu berderet gerai jual makanan & minuman. Lepas tu dekat taman permainan ni jugak ada jual aiskrim, belon sabun, & sewa basikal. So, kita Mak Ayah ni siap duit ja lah kud anak nak mintak itu ini kan, hihi.

Zahra tak ingat nak mintak apa dah, seronok sangat dapat main dekat taman tu. Sampai tak nak balik ha. Aku cakap nanti kita datang lain. Sibuk lah dia ajak datang lagi lepas ni. Insyaallah kalau takda apa hal, hujung minggu boleh lah bawak Zahra datang sini lagi.

Main dekat taman permainan

Anak manja Bonda ni, belemoih dah!. Asyik duk berlari sana sinj sampai nak tangkap gambar pun tak sempat. Haish.

Hurm, sebenarnya nak p tiap minggu pun boleh ja. Sebab bukannya jauh sangat pun dengan rumah aku. Dah tu bukan kena bayar. Bagus jugak ada tempat macam ni untuk bawak anak beriadah kan? Buat depan rumah aku satu boleh? Haha.

No comments