Ni lah kedainya, berhadapan dengan medan selera belakang bomba, berdekatan dengan Taman Tasik Taiping.
First time nak buat review ni memandangkan ni adalah tempat favourite aku & pelanggannya boleh tahan ramai, dengan susahnya nak dapat parking confirm lah mesti sedap punya.
Kami makan dekat dengan kaunter, sebab dekat luar dah penuh.Kalau duduk luar lagi best.
Setiap hari ada special menu.
Inilah satenya, sate ayam & sate daging + nasi himpit.
Setiap hari ada special menu.
Inilah satenya, sate ayam & sate daging + nasi himpit.
Sate dia besar-besar.Sekali ngap sate besar tu kena 5 batang pun dah kenyang.Sedap!!.Sate dia lembut ja.Harga walaupun mahal sikit compare dengan tempat lain, tapi puas hati ok.Sebatang Ayam, 90sen.Daging, RM1.00.Cuma kuah tu sikit sangat, lain kali bagi mangkuk besar sikit ya, hihi.
Air favourite aku, Kasturi Asam Boi, memang terbaik.Recomended!(aku letak gambaq air aku ja,Sebab air aku paling best, haha)
Lagi satu specialnya tempat ni bukan setakat ada sate, macam-macam ada.Pelbagai jenis nasi ayam, favourite suami aku ni.Sebab tu tempat ni jadi port makan kami dulu-dulu, hihi.Selalunya kalau makan nasi ayam, tak semua ikut selera suami.Tapi nasi ayam dekat Lazzad Cafe boleh tahan sedapnya.Goreng-goreng pun ada.Dan yang paling baru, makanan western.
p/s:lapaq sate pulak tetiba, haha :).Anyway, Zahra takda dalam gambaq ni, sebab Zahra tidur.
Nanti balik Taiping. .bole singgah ni
ReplyDeletesinggah sis, antara tempat terbaik untuk makan :)
Delete